Selasa, 28 April 2009

Kerabu Mangga

Jeng! Jeng! Jeng! Akhirnya dapat jugak mangga muda. Itupun kat Pasar Borong, tempat aku slalu beli sayur kampung. Selalu tu diorang jual rm5.00 sekilo, tp hari ni aku dapat rm2.00 jer sekilo. Aku tak beli banyak pun, ambik 2 bijik jer = rm 0.60sen he,he,he.... mesti penjual tu ingat aku ni mengidam mangga muda!!


Hari tu nampak kerabu mangga ni kat umah Hana, lepas tu berjangkit kat umah Leen plak. Ish, tak leh jadi ni. Mesti nk cuba buat kerabu mangga ni. Actually, aku tak pernah lagi makan kerabu mangga versi ni, selalu buat guna santan jer, dan rasanya pun 100% lain dr kerabu versi mak aku tuh(nanti ler, ada masa aku letak kerabu mangga style aku tu yer)

Resepi, cilok dr umah Leen, thanks yer Leen....

Bahan-bahan
-2 biji mangga( jgn muda sgt.. nanti masam)
-1 sudu besar sos ikan..
-1 biji cili merah (dibuang biji)
-1 biji cili hijau (dibuang biji)
-1 biji cili padi (jika suka pedas)
-1 labu bawang besar (dihiris kasar)
-1 sudu besar udang kering
-2 sudu besar kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar

Cara-cara
-parut mangga
-masuk kan sos ikan, cili merah+cili hijau+cili padi (dihiris kasar)
-masuk kan kacang tanah yg dah ditumbuk kasar + udang kering
-gaul sebati..


Disebabkan Hang Jebat memang tak makan kerabu ni, so aku sorang jer yg bedal sume tu sampai habis. Emm...sedap, tp jangan sakit perut udah ler kan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...