Isnin, 20 April 2009

Blueberry Cheese Cake

11 hari demam, berat badan aku turun 3 kilo. Bukan tak lalu makan, tp takut nk makan benda berminyak, sebab batuk teruk sangat. Hari ni dh ok sikit, tekak ni teringin plak nk makan cis kek.



Bahan-bahan
~125gm cream cheese
~100ml susu cair
~2 sudu besar tepung gandum
~1 sudu besar tepung jagung
~2 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
~1/2 sudu teh cream of tartar
~90 gm gula pasir halus
~1 sudu besar margerin/butter
~1 sudu besar madu
~1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1.Pukul putih telur bersama cream of tar-tar sampai jadi meringue/bertanduk
2.Dalam bekas lain, satukan cream cheese, butter, kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga gebu
3.Masukkan susu cair ke dalam acunan cream cheese tadi. Diikuti dengan madu dan tepung.
4.Akhir sekali, masukkan putih telur tadi. Gaul rata dan masukkan ke dalam bekas yg dialas dengan kertas minyak.
5.Bakar secara bain merie selama 40-45 minit dengan suhu 180'c.
6.Siap, dan boleh lapiskan dengan blueberi kat atasnya. Sejukkan dulu sblm dimakan.... (tp yg ni tak sempat nk sejuk pun dh makan dh....)





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...