Rabu, 8 April 2009

Char Kuetiau

Buat pulak char kuetiau untuk makan malam. Pada ela qatar, sori banyak2 sbb hari tu tak letak resepinyer...akak ni dh 33, dh banyak yg lupa...sori ek....


Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)
~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*
bahan-bahan bertanda * dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis

***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
6.Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....

* ni versi kuetiau kering, pada sapa yg nk kuetiau cara basah, masa pecahkan telur tu, masuk sedikit air, kacau dan masukkan taugeh dan kucai...

* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat. Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur. Lagi satu, gunakan api yg besar....



Harap Ela Qatar dan ciki berpuas hati, dan pada kengkawan yg lain, kalo ada masa cubalah.... (ni resepi dr kawan aku ni, chef Ode yg kerja hotel kat Genting)


5 corat coret:

ela berkata...

kak nooormaaaa...tq soooooo much ya..sayang akak..33 tu dok tua gi la...kita pon nok msuk 30 doh..kira _+ek...hihihihi...kena p cari bahan2 dulu weekend nih...lama dah cari tau resepi dia...i lap u u lap me...

Precious berkata...

Ephmm ... meleleh air liur. anak2 suka kuey teow nih. Thanks ye.

Noorma berkata...

ela... sama-sama kasih..lap u too...he,he...


precious - sama2, cubalah buat..

Pak Oncu berkata...

aku posa lak ari ni,,, melelleh air lior,,, nanti buka aku nak suruh bini aku masak lahh,,,,,

Maz berkata...

Norma... sedapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...