Sabtu, 9 Oktober 2010

Laksa

Salam..dh abis raya dah kan... skang ni kita pegi kenduri orang naik Haji plak. makan lagi..... Hari ini tak masak nasi. Dah boring hari2 makan nasi jer. So hari ni masak laksa la plak. 

Macam biasa, aku kalo masak laksa ikut style aku ler. Kalo ikut respi mak aku, lain ler... ni laksa versi Puncak Jalil. Daripada experimen aku, kuah laksa akan lebih sedap kalo dimasukkan pelbagai asam kat dalamnnya. Tak percaya?? ada aku kisah?? hehehe

Bahan-Bahan:
- Ikan kembung hitam 1 kg -direbus, asingkan isi dan tulangnya. Kisar halus isinya. Simpan air rebusan ikan.
- Laksa 1 bungkus
- 20 biji cili kering - rendam dan kisar halus
- Cili padi -kalau suka laa.. aku tak letak sbb anak2 takleh makan pedas
- Belacan
-Otak udang
- Garam secukup rasa.
- 20 biji  bawang merah
- Bunga kantan.(batangnya diketuk, bunganya dibelah 4)
- Daun kesum.
-Asam keping
-Asam jawa
-Jus limau nipis

Bahan hiasan
- Timun dipotong halus.
- Bawang besar dihiris separuh bulat.
- Cili pad, cili merah -dihiris
-Telur rebus
-Daun salad -dihiris halus
- Daun selom, daun  kesom -dihiris halus
- Daun pudina

Cara:
Mesinkan bawang bersama cili kering dan belacan.
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama batang bunga kantan yang diketuk, asam keping, daun kesum dan otak udang. Didihkan sebentar agar cili masak (biar kering sedkit)
Tambah isi ikan yang dikisar, stok rebusan ikan, bungan kantan yang dibelah 5  dan air (bergantung kepada banyak mana kuah yang dikehendaki) Biar hingga kuah mendidih
Masukkan air asam jawa dan jus limau nipis. Tambah garam dan perasa. Biar mendidih lagi
Siap.



Aku pernah tengok satu respi kat tv, dia masukkan nenas dalam kuah laksa untuk membangkitkan rasa manis. Ni kiranya chinese style ler.. Dan kalo ikut versi kakak aku plak, kalo makan laksa dia suka makan ngan fishkek. Entah laa..macam2 style orang makan laksa ni...

4 ulasan:

azhar berkata...

adoi telioq tgk...laksa penang nie..huhuhuh

Deliah's Deli berkata...

salam noorma...x leh tahan ooo tgk laksa ni..:p~

MUMMY SGTv berkata...

nak jugak....
lama dah noorma x mai umah mummy sgtv....

Unknown berkata...

biasanya laksa sarawak kan yg org makan ngan fishcake tu..apa2 je la. janji ada rasa pedas dan masam2 huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...