Selasa, 2 Ogos 2011

Sayur Lemak Pucuk Belinjau dan Tempe

Assalamualaikum... selamat berbuka dan selamat menjamu selera. Jangan lupa terawih tawww... hehehe

Hari ni CK masak sayur pucuk belinjau. Errrr?? selama ni pucuk belinjau ni memang tak pernah masuk dapur CK. Semalam ke pasar, nampak pucuk ni, lalu CK tanya pada makcik yang jual tu. Dan makcik tu jugaklah yang ajar CK lauk ni (lauk orang jawa kot..hehehe)


Masak lemak putih ni macam biasa jer. Guna santan, cili merah yang dihiris, bawang merah yang dihiris dan juga udang hidup.

Daun belinjau dibersihkan dan boleh dipotong pendek jika panjang. Pastu rendam dalam air.
Tempe dipotong dadu. Mula2 masukkan santan, cili dan bawang hiris. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan tempe, udang hidup dan akhir sekali masukkan daun belinjau. Opss...garam dan perisa jangan lupa yer..hehehe


 Dan lawan dengan sayur lemak belinjau ni, CK buat sambal tumis kerang, ayam masak kicap (untuk anak2) dan sambal tempoyak. Wallah...tak sedo diri makan. 


Sambal tempoyak penambah selera, pemusnah diet. Takde sebarang ulam pun...






2 ulasan:

Cheq Sue berkata...

mmmm..camana ya pucuk belinjau tu? tak pernah tgk pulak

Juwita Jamaludin berkata...

menarik menu akak ni.. sayur2 macam ni sedap je makan bila berbuka bertambah2 nasi dipingan ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...