Ahad, 7 Ogos 2011

Jelly Kelapa

Dessert berbuka hari ini- Jelly Kelapa. Dah tak tau nk buat kuih apa. Buat agar-agar lah plak.


Jelly Kelapa 
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 biji kelapa muda - diambil air dan isinya
1/2 paket agar2 tali
3 cawan air
1 cawan gula pasir
2 ketul besar gula batu (terpulang nk letak ke tak)
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
Masak agar2 tali sampai larut.
Masukkan gula batu dan gula pasir
Bila gula telah larut, masukkan daun pandan dan pewarna hijau
Kemudian masukkan air kelapa dan isinya
Kacau rata dan tutup api
Isikan ke dalam bekas
Sejukkan dan sedia dihidangkan




CK buat dalam bekas plastik kecil2 tu, senang nk bagi pada jiran-jiran.






2 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Noorma,singgah sblm brbuka.Emmmmm,sedapnya klu mkn sejok2!Selamat brbuka puasa noorma.simpan 1 bekas tuk k.atie yer..kang blk terawih k.atie singgah..ngeee

Nuwairani berkata...

sedapnya jelly kelapa...dh lama mak tak buat...kak, mak nani kalau buat ni dia tambah secubit garam.nk ambik rasa lemaknya tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...