Jumaat, 12 Ogos 2011

Melt In Mouth German Cookies

Salam...

Hari ini 12 Ramadhan, tentu ramai yang dah mula buat biskut raya kan.. macam tu jugaklah ngan CK..tp CK siapkan dulu tempahan..untuk keluarga, minggu terakhir puasa la nampaknyer..

Hari ni nk tayang biskut yang rata2 ramai blogger dah membuatnya. So CK pun terailah jugak. Kononnya untuk makan anak2 lepas berbuka.


MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
by:Cendanakasih
sumber: Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).



Ok...selamat berbuka buat semua !!!



6 ulasan:

Nuwairani berkata...

memang sedap biskut ni.nani buat hari tu plain je. tak letak cocoa powder..tp sedap jugak. rasa lemak2 gitu...

Fiza Nordin berkata...

samolah kite...siapkan tempahan orang dulu...kendian baru buat utk diri sendiri ek....

Sheery Dream Cakes berkata...

pg nnt nak buat cookies dah.. nie mungkin esok gitu baru buat... sedapnya tgk

Juwita Jamaludin berkata...

comelnya kak.. tentu sedap dan cair dimulut

Chik Mimi berkata...

Dik ce citer rasenya camne?

E-na Zarina berkata...

salam ramadhan k.noorma...sihat?
rajin nya akak wat kukis utk berbuka...sedap ek kukis ni? E-na lum wat lg...kalau wat awal nnt abis sblm raya..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...