Khamis, 11 Ogos 2011

Kacang Buncis Hati Ayam

Salam.... 

Sejak akhir2 ini CK agak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Dan bagi yang dah order tu, minggu depan Insyaalah CK dah boleh hantar (awal dari tarikh yg CK bagi sbb tak mahu customer CK tertunggu2, ternanti2 biskut raya mereka di akhir2 ramadhan...yelah..dh dekat raya, sekut raya masih belum sampai, tentu gundah gulana kan....)

Dan...mohon maaf disebabkan kesibukan itu, CK takde entri2 special. Dan hari ini pun sekadar lauk2 biasa jer. Kuih muih beli jer kat Pasar Ramadhan. Terima kasih Bang Jebat sbb memahami :)

Sayur buncis dengan hati ayam. Dah tak tau nk rencahkan dengan apa, so bantai aje ler... 

Ni lauk my Jebat. Masak lemak cili padi ikan tenggiri. Rencahkan dengan sayur sawi (style mother in law ).. dan disebabkan lauk ni, bertambah2 my Jebat makan. Anak2 tak makan lauk ni sbb pedas. CK plak?? ermm... diet..kehkehkeh



Sambal tumis kerang. Tiap-tiap hari kat rumah CK ni mesti ada lauk warna merah aka SAMBAL. Kalo takde sambal, tak sah ler.. makan pun takde selera.



Dan... setakat inilah dulu entri hari ini... insyaalah kalo ada mood ( rajin masak dan ada buat kuih-kuih ) Insyaalah CK akan masukkan entri. 




5 ulasan:

Nuwairani berkata...

Ya Allah! sedapnya kerang tu! selalunya kalau bulan pose, kitorg suke rebus kerang, pastu makan cicah cili sos. kalau buat sambal mcm ni lagi sedap ni!

cikmanggis berkata...

salam CK..Cm suka sambal tu..terkenang nasi lemak pagi pagi ada sambal kerang:)

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak.. selamat berpuasa dan berbuka kak.. ita tak makan kerang.. tapi kerang akak nampak menarikk..:)

mala berkata...

lauk buncis dgn kerang tu mmg favourite

indahhouse berkata...

Salam kak noorma,
Yumm... saya suka kacang panjang goreng hati ayam, dan pedal. apam polkadot kat bawah tu , hai... saya geram! hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...