Rabu, 3 Ogos 2011

Dendeng Daging Cendanakasih

Salam

Inilah dia lauk yang wajib dibuat tiap kali puasa (selain acar buah). My Jebat suka makan dendeng ni bila bersahur. Kali ini CK tambah paru plak kat dalamnya (sbb paru ni paberet CK..hehehe)


Ni resipi CK sendiri. Tak tiru mana2 respi orang lain. Sebabnya dendeng ni jugaklah menjadi kegemaran arwah segala tok nenek dan mak ayah CK.

Dendeng Daging Cendanakasih
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
Bahan A
-250gm daging- dihris nipis
-250gm paru- dihiris nipis
* daging dan paru direbus hingga empuk. Kemudian tumbuk sedikit daging yang direbus tadi. Lepas tu goreng dalam minyak panas sehingga garing
*kalo taknk letak paru pun takpe, buat daging jer.

Bahan B
-10 ulas bawang kecil- dihiris nipis
-2 inci halia- dihiris nipis dan potong panjang2
-7 ulas bawang putih- dihiris nipis

Bahan C
-1 sudu kecil jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
-2 sudu kecil ketumbar
* semua bahan2 ini disangai atas api kecil kemudian blender kasar.

Bahan D
-1 senduk cili kering kisar
-1 sudu besar jus asam jawa
-2 sudu besar gula pasir (ikut kemanisan yang disukai)
-garam, perasa
-1/2 cawan bawang goreng
-minyak masak

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan B sampai garing.
Kemudian masukkan pes cili kering yang dikisar. Masak sampai naik minyak.
Masukkan bahan C yang diblender kasar tadi. Gaul rata lagi.Boleh tambah gula, garam dan perasa.
Tambahkan juga air asam jawa. Rasa bahan tumisan ini agar semuanya seimbang masam, manis dan masin.
Biar bahan tumisan kering sedikit* barulah masukkan daging dan paru yang digoreng. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan bawang goreng. Siap.
*Tujuan dibiarkan bahan tumisan kering sedikit supaya daging dendeng ni tahan lama. Kalau masih ada kandungan air, daging dendeng cepat basi



OK...sampai sini dulu. Jumpa lagi !!






8 ulasan:

hazila berkata...

Salam Noorma,
Sahur selalu nak makan yg simple je kan.

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
makan daging dendeng nie masa bersahur mmg idea yg bagus yer akak.. kalau diana ratah jer mcm tu nie.. hehehe...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam noorma...mmg sedap & nambah selera ketika bersahur.K.atie klu bersahur mmg xlarat nk mkn nasi...kdg2 minum air jer.klu mkn pon puas la menolaknya dgn minum air panas..hihi

WieyaRaudzi ♡ berkata...

Sedapnya... nanti nak cuba la :)

Mas berkata...

wahh..bestnya tengok daging tu....

Anawahid berkata...

noorma, aku ni kan, dh bnyak resipi dendeng aku print, tp x buat2 kan... haha... tp... kali ni tgk dendengmu itewwww... bole pingsannn... huhuhu... terbaek laaaa... masuk listtt..

Nurul berkata...

Salam Ramadhan k noorma..
daging dendeng ni sesuai sgt tuk sahur.. nanti ader stok daging leh la try resepi akak ni.. :)

zarina berkata...

selalu masak dendeng pedas..pedas ke ni? tak nampak merah cabai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...