Isnin, 1 Ogos 2011

Daging Gulai Kawah

Assalamualaikum !!!

Petang ni CK masak gulai kawah la plak. Hajat hati nk buat nasi kukus, lawan plak ngan ayam goreng berempah...tapi... macam tak larat jer, CK kena asma pukul 4 tadi (gara2 kisar kacang hijau nk buat kuih, so habuknya buat CK asma...huhuh) Sib baik my Jebat ada rumah, dilumurnya minyak angin dan picit sikit... ok la jugak, tp masih mencungap.

Ni lauk kegemaran anak dara CK sorang tu. Si Along mmg suka masakan pantai timur.


Bahan-bahan
-1kg daging hancur dibersihkan dan tos
-2 batang serai- dititik


Bahan A
-5 ulas bawang merah,
-4 ulas bawang putih,
-1 inci lengkuas,
-1 inci kunyit,
-1 inci halia
-5 tangkai cili kering,
-2 sudu besar ketumbar di goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus,
-1 sudu besar serbuk kari daging
-2 sudu kerisik,

Bahan B
-1/2 kg santan
-garam
-gula
-air asam jawa

Cara-cara
1.Bahan A dikisar dan ditumis hingga wangi
2.Gaulkan bahan A bersama daging yang telah ditos.
3.Masukkan 1/3 daripada kesemua santan.
4.Masak sehingga daging empuk.
5.Tambah air jika perlu.
6. Apabila daging empuk, masukkan kerisik, garam dan gula, baki santan dan air asam jawa.
7. Masak sehingga mendidih.



Ok..sampai sini dulu. Selamat Berbuka Puasa buat semua !!





5 ulasan:

quinnie berkata...

salam kakck...saya suka makan daging hancur ni..lain kali nak masak gulai kawah pulak...salam ramadhan buat akak sekeluarga..:)

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak.. suka makan daging masak macam ni icicah roti pun sedap

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak..
ler smpi gitu sekali ker akak.. huhuu... skg akak ok x? moga sihat2 hendaknya yer akak... Amin..

akak.. semalam berbuka ngan daging gulai kawah yer akak... anak2 diana pun suka makan... tapi biasanya beli jer akak... lepas puasa nnt insyaallah nak cuba gak buat sndiri... masuk list dulu

mala berkata...

assalamualaikum CK - bersahur dgn acar, sedap ... thank you.

Chempaka Aziz berkata...

amboi dasat...gulai kawah.bosa mano kawah ko tu hihi...

aku cati kat PARAM lah.ada gulai kawah dgn umbut kelapa.sdp gak tu...

acar buah ko sdp.pembuka selera..yumy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...