Rabu, 3 Ogos 2011

Tepung Pelita

Assalamualaikum... dan selamat berbuka kepada semua.

Inilah kuih wajib keluarga CK setiap kali Ramadhan. Malangnya kat KL ni payah nk dapat daun pisang, dan CK pun tak brapa laju (pandai) nak buat sampan (kotak) dia.. so CK letak dalam bekas kecil2 ni jer.. alhamdulillah..jadi jugak walopun tiada harum daun pisang


Resipi Tepung Pelita
sumber: Cendanakasih

Bahan A (lapisan bawah-hijau)
-1 cawan tepung beras
-1 cawan air daun pandan (boleh gak guna pandan emulco)
-4 cawan air
-1 sudu besar air kapur makan
-1 cawan gula
- sedikit pewarna hijau

Bahan B
-1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan tepung beras
-1 cawan santan pekat
-1 cawan santan cair
-3 setengah cawan air
-sedikit garam

Cara-cara
Sebatikan semua bahan-bahan A. Kacau atas api sederhana hingga pekat
Begitu juga dengan bahan B. Dalam kuali lain, kacau bahan B hingga pekat.
Sediakan bekas plastik yang secukupnya
Letak 1 sudu kecil gula pasir ke dalam setiap bekas plastik
Masukkan 2 sudu besar bahan A yang sudah dimasak tadi.Kemudian 2 sudu besar bahan B
Buat sehingga habis semua adunan
Kukus kuih selama 20 minit. Siap !!



Ok..sampai sini dulu. Nk mengadap tv la plak.



6 ulasan:

nuRuL haNis berkata...

tadi minta HB cari kuih pelita, tp xjumpa. jumpa kat cn pula. hehe!

Juwita Jamaludin berkata...

sedap kak.. menu wajib bulan puasa ni

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Noorma..
Rajinnya buat kuih tepung pelita. Naz suka kuih ni tp tak pernah buat sendiri.. Selalu beli jer lebih2 lagi di sini mmg bnyk dijual.. hahaha...

mala berkata...

tepung pelita mmg fav utk iftar

Nurul berkata...

Salam K Noorma,
fav nurul nih... biasa beli jer... x pernah lagi try buat.. Nih ader resepi blehla try... :)

Nabilatul Huda berkata...

Alhamdulillah rezeki saya hari ni. Mmg berangan nak makan kuih ni. Baru nak cari resepi tgk ada kat blog CK. Insyaallah makan kuih pelita ler kami berbuka nanti.TQ CK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...