Ahad, 7 Ogos 2011

Sagu Pandan Gula Melaka

Assalamualaikum...

Ni dessert berbuka Iftar ke 6. Bulan puasa ni, hari2 terpaksa kena memikir dessert untuk berbuka. Kalo nk beli tu...ermmm... kena pikir banyak kali. Sebabnyer? tau-tau jer lah... nk bersesak dengan orang ramai, nk beratur tunggu turn, takut tak sedap dll



Sagu Pandan Gula Melaka
sumber: cendanakasih

bahan-bahan:
200 gm biji sago
1 cawan jus pandan
200 gm gula melaka
susu cair secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Sagu direndam dalam jus pandan selama 15-20 minit. Boleh tambah 1 cawan air lagi dan masukkan juga beberapa titik pewarna hijau.
2. Didihkan air. Masukkan sagu dan masak sehingga jernih. Setelah siap diangkat, cuci bawah air mengalir hingga hilang kanjinya. Toskan dan masukkan sago dalam acuan dan dinginkan.
3.Kemudian, masak pula gula melaka dengan sedikit air. Carik-carikkan daun pandan dan rebus bersama air gula tadi. Bila gula dah hancur, tapis airnya dan birkan sejuk.
4.Hidangkan sagu pandan gula melaka bersama susu cair dan ketulan ais.


OK.... bye !!!



3 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

Salam selamat bepuasa ..betul tu Ck...kalau belipun x menepati cita rasa...buat sendiri baru puas nak sebanyak mane mkn pun boleh....cantik glas tu...

NoorMasri berkata...

errmmm...sedapnya!

Kak Rose berkata...

Noorma!!!! sedapnya. mmg pebret sepanjang masa. kalau dapat makan hari2 pun x per!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...