Jumaat, 5 Ogos 2011

Kailan Ikan Masin

Selamat Petang semua..

Hari ni CK masak ringkas2 jer, dan Kailan Ikan Masin ni salah satu lauk sayur hari ini. Selalu makan kat kedai tomyam, ciput jer diberinya. Nk order sepiring lagi malu.. so...buat la sendirik... sib baik sama macam kedai hehehe (masuk kete bawak sendiri) :P


Bahan-bahan
* 1/2 biji bwg besar (hiris nipis)
* 3 ulas bwg putih (cincang)
* seikat sayur kailan - potong dan asing batang dgn daun
* 1 ekor ikan cencaru masin - dipotong kecil2
* 1 biji cili merah - potong serong
* 2 sudu besar sos ikan
* 1 sudu besar sos tiram
* sedikit air

Cara-cara
1. goreng masin dgn sedikit minyak hgga masak. Keluarkan
2. masukkan bwg besar, dan putih dlm kuali tadi dan kacau hgga layu
3. kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram. Gaul sebati hingga batang lembut sedikit
4. masukkan air, adjust utk kuah....kmdian sayur kailan bersama cili merah
5. kacau sekejap dan bolehla dihidangkan


Wokeh.. layan sayur jer lah hari ni yer.. nak mandi dan rilex2 jap sementara tunggu waktu berbuka. 

Slamat Berbuka buat semua !!! 




4 ulasan:

quinnie berkata...

salam ck...dah lamanya saya tak makan sayur kailan...teringin lak bila tengok ni...:)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Noorma..singgah sebentar slps brbuka..sedapkan kailan msk ikan masin...sibbaek dh brbuka..

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
sedaaapnya sayur tu akak.. nie ler fav diana sekeluarga gak kalau mkn kat luar tu.. mesti order nie.. :)

Dilah Naim berkata...

salam kak..

dila pun kalau kt kedai mesti order kailan ikan masin..padahal ada mcm2 sayur lain lg..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...