Gulai Tempoyak Ikan Patin
Assalamualaikum !!!
Hari ini seharian hujan jer.. huhuhh..habis semua baju tak kering..dan disebabkan hari ni sejuk jer, jadi tuan rumah pun bermalas-malasan jugak. Tak banyak lauk yang dimasak. Setakat dua tiga jenis jer.
Ini salah satunya. Gulai Tempoyak Ikan Patin. Ikannya dari kolam sendiri. Hehehe...
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-10 biji cili padi * agak2 ler nk pedas ke idak
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa
Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap..
Lawan dengan lauk ni... ada sayur goreng, dan daging masak kicap untuk anak-anak. Jap lagi nk buat telur dadar bertuna kak Ummi plak. Dah terpikat laaa... hehe
SELAMAT BERBUKA PUASA !!


Ulasan
akak ambik resepi tepung pelita kat bawah tu ya.cam senang je resepi yg ini.
suka laukkk ginii...