Jumaat, 19 Ogos 2011

Almond London Nestum

Salam...

Suka Almond London? biskut raya kegemaran ramai. Dan sejak dua menjak ni, biskut ni dicabar oleh Snow Almond (ye ke?)

Teringat kat seorang sahabat CK, sebelum puasa hari tu dia mencuba sampel almond london ni (kawan opis dia la yang buat) dah komennya "ermm..hampeh, london jer lebih, almond nyer sekerat" hahaha...

Hari ni Almond London CK ni naik taraf sikit, mana boleh bagi Snow Almond menang kan. Kini almond london bergabung dengan nestum. Rangup dan wangi. Tak caya? meh cuba


Biskut ni juga ditempah oleh pelanggan CK. Syukur kerana mereka masih sukakan almond london. Dan CK letak sebijk badam kat dalamnya. Takmo ler naya orang dengan badam sekerat.

Almond London Nestum
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
•250 gm butter
•2 1/2 cawan tepung gandum
•1/2 cawan nestum  ( di kisar halus )
•1 cawan tepung jagung 
•1 cawan gula aising
•1 biji kuning telur

Hiasan
•Putih telur secukupnya
•Badam biji di panggang secukupnya
•Nestum secukupnya
•Coklat putih untuk hiasan
•Coklat masakan secukupnya
•Mangkuk kertas
•Sedikit cocoa butter (kalo takde, guna minyak jagung pun bleh)

Cara-cara
1.Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
2.Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3.Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat.
4.Celup doh dalam putih telur dan golek dalam nestum. Atur pada loyang.
5.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.

Untuk saduran coklat
Coklat masakan dicincang sedikit dan masukkan sedikit cocoa butter. Letak dalam mangkuk tahan panas.
Menggunakan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan pada suhu 70'c (air dididihkan sampai naik buih, tp jangan sampai menggelegak)
Kacau coklat sampai coklat cair sedikit. Bila dh cair, keluarkan dari air panas tadi. Teruskan mengacau sampai coklat menjadi halus.
Celupkan biskut tadi sebiji demi sebijik.
Isi dalam paper cup dan lorek dengan coklat putih atau boleh tabur dengan apa2 hiasan spt manik warna atau badam.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap



Ermm... CK dah bagi resipi tuh, apa lagi, pegi la buat !!!!


Kat sini ada beberapa tip untuk menyadur biskut. Harap adik Linda berpuas hati dengan jawapan akak ni.. sori, kredit tak cukup nk balas sms...hehehe...
** cocoa butter boleh didapati di kedai2 bakery. Kalo kat pasaraya takde yer..Dan jika takde cocoa butter, boleh digantikan dengan minyak jagung, butter atau minyak masak.
**coklat yang terlebih kacau atas air mendidih akan menjadi kental,...tak licin/smooth....faktor lain coklat tidak cair  adalah kerana coklat telahpun mencapai tarikh luput. So...penyelesaiannya, buang jer laaa....
**untuk keringkan biskut yang sudah disalut, biarkan coklat pada suhu bilik. Coklat akan kering dalam masa 10-15 minit. Tapi CK suka halakan kipas ke coklat tu utk singkatkan tempoh pengeringan.
**Ingat, jangan masukkan biskut yang disadur coklat ke dalam freezer kerana struktur coklat akan merekah dan tidak licin/berkilat. Selain itu biskut juga akan menjadi lemau (bahasa orang melaka).. dlm erti kata lain, biskut tak rapuh spt sebelumnya. 




7 ulasan:

Mas berkata...

akak....sedapnya tengok biskut tu...
terliur dah ni tau..he3

Sheila Shafeareen berkata...

salma mmg rajin bako membako yeee kita bar sejenis sekut buat itu pun x tahu thn sampai raye keidak...mcm napk maki surut aje...kalau buat awal2 gitulah jadinya..

quinnie berkata...

sedapnya ck..saya dah lama tak makan almond london...paling malas part nak salut coklat tuh...kekkeke..mesti sedap ni ada letak nestum lak..:)

Juwita Jamaludin berkata...

kak bagus akak siap bagi tips lagi.. thanks ye.. sedapnya almond london

Amie berkata...

Assalamualaikum CK,
sedapnya tu ALN... memang kalau bubuh nestum rasanya lebih sedap... tapi belum cuba buat! Nak rasa sebiji boleh tak CK....

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Noorma..
Hihihi..biskut pun boleh dicabar oleh biskut lain kan..ehehe..
Cantik biskut Noorma.. Kemas jer.. Cun! Cam sayang nak masuk ke mulut..

Nuwairani berkata...

hihih...memang tension kalau makan almond london, tapinya sekerat je almond dia letak. aduh...hancur luluh hati ni..

biasanya kalau kat mane2 rumah, org akan terjah almond london dulu...memang itu yang akan habis awal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...