

Urphhh....alhamdulillah, kenyang....pas ni boleh tengok citer Keliwon plak, pas tu sambung citer Suria Kasandra plak...Oklah..Slamat Malam sume.....jumpa esok yer....
Urphhh....alhamdulillah, kenyang....pas ni boleh tengok citer Keliwon plak, pas tu sambung citer Suria Kasandra plak...Oklah..Slamat Malam sume.....jumpa esok yer....
Ayam Kurma. Lauk peberet along. Dh lama jugak aku tak buat kurma kat umah ni.
Haa....banyak kan lauk hari ni. Sebenarnya aku ni tak brapa suka makan nasi minyak. Kalo nk makan pun, setakat sesuap dua jer. Tp kalo nasi lemak ker, nasi kerabu ker boleh plak aku makan. Sebab tu ler aku buat lauk sambal paru tuh. Lepas masak nasi minyak, aku masak plak nasi putih 1 pot untuk aku.
Bahan-bahan
-1 gelas susu segar - dari peti ais
-1 gelas ice cream soda - dari peti ais
-ketulan air batu (opt)
Cara-cara
-Tuang susu dan ice cream soda ke dalam blender dan kisar.
-Tuang pula ke dalam gelas dan bubuh ketulan ais jika suka.
-Boleh juga dikisar sekali ketulan ais dan segera dihidangkan.
***Untuk cara yg lebih mudah...masukkan aje bahan2 ke dlm gelas dan kacau rata dan segera diminum
ooooo.... mcm pernah rasa jer air ni. Kalo letak pewarna merah, sah dh jadi air Soda Bandung. Apapun, thanks to Kak Fida. Air ni dua tiga kali hirup jer dh licin....agh...lega...panas badan pun hilang... (ish..mcm iklan air badak plak...ha,ha)
Resepinyer...takyah ler letak kat sini, sbb aku guna perencah Daging Masak Lada Hitam dr Sri Aji... he,he....ikut jer panduan kat paket tu...jadi ler ..
Yang ni plak telur bungkus ngan sosej. Teringin plak bila tengok entri Farah hari tu. Ni lauk untuk anak2 skali ngan mak bapak dia jugak
Bahan-bahan
-1 biji mangga manis - ambil isinya
-1 gelas ice cream soda
-1 gelas susu segar atau susu cair
-ketulan ais secukupnya.
Cara-cara
-Masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender dan kisar hingga hancur dan sebati.
-Tuangkan ke dalam gelas dan segera dinikmati
Air ni pun mendapat pujian dr Hang Jebat, kalo dia kata sedap len kali boleh la buat lagi!! Thanks Kak Fida!!
Hari tu nampak kerabu mangga ni kat umah Hana, lepas tu berjangkit kat umah Leen plak. Ish, tak leh jadi ni. Mesti nk cuba buat kerabu mangga ni. Actually, aku tak pernah lagi makan kerabu mangga versi ni, selalu buat guna santan jer, dan rasanya pun 100% lain dr kerabu versi mak aku tuh(nanti ler, ada masa aku letak kerabu mangga style aku tu yer)
Resepi, cilok dr umah Leen, thanks yer Leen....
Bahan-bahan
-2 biji mangga( jgn muda sgt.. nanti masam)
-1 sudu besar sos ikan..
-1 biji cili merah (dibuang biji)
-1 biji cili hijau (dibuang biji)
-1 biji cili padi (jika suka pedas)
-1 labu bawang besar (dihiris kasar)
-1 sudu besar udang kering
-2 sudu besar kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Cara-cara
-parut mangga
-masuk kan sos ikan, cili merah+cili hijau+cili padi (dihiris kasar)
-masuk kan kacang tanah yg dah ditumbuk kasar + udang kering
-gaul sebati..
Disebabkan Hang Jebat memang tak makan kerabu ni, so aku sorang jer yg bedal sume tu sampai habis. Emm...sedap, tp jangan sakit perut udah ler kan...
Kalo buat nasi ayam, aku lebih suka bakar ayamnyer daripada goreng. Bukan nk diet, tp senang keje. Bakar daging skali.
Kat dalam esbox memang dh tersedia inti kelapa. Senang kalo nk buat pau, kuih koci, dll. Cuma rajin dan malas jer nk membuatnyer kan,kan !!
Bahan-bahan
>1 ikat pisang muda-disiat kulit dan potong kecil. Rendam dalam air untuk elakkan lebam
>1 biji kelapa-diambil santannya
>cili padi secukupnya
>kunyit hidup
>garam, perasa
>asam keping
>ikan bilis
Cara-cara
1.Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup dan garam. Masukkan dalam periuk.
2.Tambah santan kelapa, masukkan pisang yg dh dipotong bersama dengan bahan-bahan lain.
3.Masak hingga kuah menggelegak,kecilkan api biarkan sebentar dan bolehlah diangkat.
Kalo orang sebelah utara, pisang ni boleh jugak dibuat kari. Kiranya macam gulai lemak la jugak, tp letak serbuk kari. Macam lauk nangka muda jugak. Selain dibuat masak lemak, sedap jugak dibuat gulai rempah. Campur dengan kerang. emm....yummy!!
Ni plak sambal tumis ubi kentang. One of my faberet dr kecik sampai la skang ni.
Bahan-bahan
~125gm cream cheese
~100ml susu cair
~2 sudu besar tepung gandum
~1 sudu besar tepung jagung
~2 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
~1/2 sudu teh cream of tartar
~90 gm gula pasir halus
~1 sudu besar margerin/butter
~1 sudu besar madu
~1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1.Pukul putih telur bersama cream of tar-tar sampai jadi meringue/bertanduk
2.Dalam bekas lain, satukan cream cheese, butter, kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga gebu
3.Masukkan susu cair ke dalam acunan cream cheese tadi. Diikuti dengan madu dan tepung.
4.Akhir sekali, masukkan putih telur tadi. Gaul rata dan masukkan ke dalam bekas yg dialas dengan kertas minyak.
5.Bakar secara bain merie selama 40-45 minit dengan suhu 180'c.
6.Siap, dan boleh lapiskan dengan blueberi kat atasnya. Sejukkan dulu sblm dimakan.... (tp yg ni tak sempat nk sejuk pun dh makan dh....)
hari ni, aku tebarkan sikit roti canai tu (mcm buat murtabak paratha tu ler... ) dan kemudian pecahkan telur...pas tu goreng...siap.....
Hari ni nk masak nasi tak??? rasa macam malas jer.....
Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)
~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*
bahan-bahan bertanda * dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis
***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam
Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
6.Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....
* ni versi kuetiau kering, pada sapa yg nk kuetiau cara basah, masa pecahkan telur tu, masuk sedikit air, kacau dan masukkan taugeh dan kucai...
* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat. Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur. Lagi satu, gunakan api yg besar....
Resepinya, amik dari umah kak asma.. klik sini yer utk tengok respinyer. Kek ni yummy...memang sedap. Untuk menarik perhatian anak2, aku potong kecik2 dan salutkan dengan coklat, dan tabur kacang. Dah macam brownies la plak....tetap licin....