Rabu, 3 Mac 2010

Singgang Ikan Kembung

Salam....

Hari ni masak awal sikit..sbb tengahari ni ada kerja sikit (bukan sikit, tapi banyak) Sejak seminggu ni, kami asyik kemas rumah jer.. maklum lah...mak mertua nk datang dok sini..so rumah kena bersih, kemas dan cantik.. (perangai mak mertua aku tuh, sebijik sebijan mcm dalam iklam Febreeze tu...kang kalo dicoleknya kat cermin ada habuk, bising plak dia...)

Itulah sebabnya aku sibuk sikit dua tiga hari ni. Wet kitchen dan dry kitchen sume dh kemas, tinggal bilik bahagian atas jer.. bilik anak2 dan bilik tetamu, tukar cadar, vacum, lap itu ini. Cuma tak berkesempatan nk cat...hang Jebat dh takde masa...Kalau Eric Leong kesian kat aku, datang lah ke rumah yer.. wakahkahkah.....

Ini lauk paberet aku skang ni. Singgang Ikan, tak kiralah ikan apa. Aku ni suka makan masak rebus2 mcm ni, kurang kolesterol, kurang lemak (eewah..mcm iklan Kenny Roges la plak) tp Hang Jebat kata lauk sebegini untuk orang sakit jer.. jadi bila dh masak lauk ni, terpaksalah masak lauk2 lain untuk diorang. Anak2 pun tak sentuh..cesss...bedebah sungguh !!!

Sume orang tau masak singgang kan.. hiris bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit lengkuas, campakkkan dalam periuk. Letak ker sekeping dua asam keping.Pas tu boh garam dan perasa. Campak 4,5 bijik bendi. Hari ni aku malas nk ambik serai, maka takdelah serai dalam singgang ni.... Kalau adh ada lauk singgang ni, aku mesti suruh hubby carikan ulam kacang botol. Pas tu buat cicah ngan budu...wallah...sedapnyer..berpinggan-pinggan tambah nasi. Tak payah lauk lain pun takpe....


Ini lauk untuk manusia2 yang tak makan singgang ikan kat atas tu.. Sambal tempe, dan ayam goreng daun kari. Untuk kuah, pandai2 ler korang siramkan sikit nasi tu dengan kuah singgang aku tuh....he,he,he.....



Pokok kari kat umah ni dh rebah menunduk bumi...puncanya sbb tak terjaga, tak siram air dan tak bagi baja... so ia bakal kembali ke rahmatullah.... daun kari ni aku beli jer kat pasaraya. Rm0.18 sen jer, tapi melambak ko...sbb tu masa goreng ayam ni aku letak daun kari sesedap rasa....






4 corat coret:

salamdariborneo berkata...

noorma,singgang tu my peberet.kat rumah ni semua orang suka singgang...jadi sonang kerja mama dia.

kakchik berkata...

salam noorma.
singgang ikan tu warna kuning macam masak pindang ya. kalau kat sini singgang semua warna putih. tapi lauk singgang ni memang cepat, senang dimasak, sedap dimakan. cik abe suka sangat hirup kuah dia tu.
tempe goreng tu kakchik tak pernah makan tapi ayam goreng daun kari kakchik suka, baunya harum.

Fiza Nordin berkata...

lauk2 singgang ni jarang masuk umah aku tp mmglah aku rase mcm laki ko gak, lauk singgang ni tuk org sakit jek kakakakaaa awatla ko tak sabaq nak dok dlm pantang ke?belum branak lagi dah mkn lauk singgang???heheheee...jgn mare erh...

aritu aku balik kampong amiklah pokok daun kari.beria kak ipar aku letakkan dalam pasu... sampai sini tak sampai seminggu dah padam...yg aku heran tu... dgn pokok2nye takde.mane p pun tak taulah...nak kate anak aku tarik tak le sbb aku letak kat luar pagar yard tu....sekarang tinggal pasu ajelah...

Noorma Ismail berkata...

Maria-saya mmg suka masak rebus2 ni, kalo arwah abah, dia suka asam pedas rebus..tp bila dh kawin ni, laki plak tak suka makan mcm tu, nk buat mcm mana kan..anak2 plak ikut peel bapak diorang..huhuhu..

Kakchik-entah ler kakchik, saya tambah jer serbuk kunyit sikit kat dalam tu, bagi kaler sikit..tp makcik saya kat terengganu pun buat singgang kaler kuning mcm ni gak...

Fiza Nordin - ini bukan training nk menghadapi hari pantang, tp nk diet..seluar aku sume dh tak muat..tinggal brapa hari jer laki, takut baju lain pun sume tak muat..skang ni berat aku 75 kilo ko...takut aku..wakahkahlah...

agaknya pokok kari ko tu ada ler peminat misteri tu..sbb tu ilang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...