Isnin, 8 Mac 2010

Mee Kari

Hari ni senang sikit kerja, masak mee kari jer. Tak puas makan kat kedai hari tu. Ni versi tak pedas, sbb aku still takleh makan pedas lagi. Mcm budak2 la plak.... takpe,takpe...sikit ari jer lagi kan...



Resipi cilok dr Myresipi, thanks Qirah75. Resipi dibawah ni dh edit sikit yer..

Bahan-bahan
kerang-dibersihkan dan direbus
mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah 6 ulas*
bawang putih 3 ulas*
halia 1/2 inci*
buah keras*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh
daun kari 1 tangkai
serai-dititik
tahu pok
sedikit kerisik
udang kering sikit*
asam keping
pati santan

Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh, cili besar@cili api

Cara-cara
1.Tumbuk bahan *
2.Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste.
3.Masukkan juga cili mesin tadi bersama kerisik.
4.Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan serai.
5.Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
6.Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
7.Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
8.Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Lepas jer siap sume ni, aku dh membedal dh... he,he.....

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Noorma.
Makin lapar rasanya. Nasi dah ada ni tapi saja jalan2 nak cuci mata. Mee kari ni memang fav la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...