Khamis, 11 Mac 2010

Tauhu Kukus Sos Tiram

Macam2 hal la hari ni... first, washing machine tak mo berfungsi..macam ketat jer nk berputar, tapi bila putar dengan tangan baru boleh jalan...takpelah jugak, time spin langsung tak boleh..so terpaksalah laki aku bilas cara manual. Sib baik terjumpa warranty card dan telefon technian, petang ni dia datang...

Habis satu hal, satu hal lagi.. hari ni Irfan ikut rombongan tadika ke Aquaria KLCC. Awal pagi lagi dh bangun. Biasanya ustaz sampai pukul 7.45, tapi tunggu punya tunggu pukul 9.00 baru sampai.. Irfan dh masam, takut kena tinggal. Bila ustaz sampai dia terus tanya, kenapa lambat. Jawab ustaz, van rosak.

Aduh laaaa... hari ni lambat la sikit masak. Lepas Irfan dh selamat naik van, barulah aku masuk dapur. Masak la apa yang patut, sambil dengar Sinar Fm. Tapi otak ni asyik fikir kat internet jer. Habis masak, cepat2 kemas dapur dan bukak pc ni...

All in one punya masakan. Malas dh nk goreng sayur, so aku kukus skali bak choi tu ngan tauhu. Siap. Ada sayur dan tauhu.. lagipun, kat umah ni hanya aku sorang jer yang makan sayur. Jadi sukati aku ler nk makan mcm mana.

Bahan-bahan
>1 keping tauhu lembut (dikukus hingga masak)
>1 biji cili padi (dihiris kecil)
>1 ulas bawang putih (dicincang)
>1/2 cm halia (dihiris)
>1-2 sudu makan sos tiram
>1 sudu makan kicap pekat (untuk tambah warna jer..aku letak sikit)
>udang kering (digoreng dahulu)
>daun bawang & bawang goreng untuk ditabur
>1 sk tepung jagung + sedikit air (dibancuh)

Cara-cara :
1.Panaskan sedikit minyak.
2.Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
3.Kemudian, masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan ia mendidih seketika.
4.Masukkan sos cili, cili api. Kacau rata.
5.Masukkan perasa dan akhir sekali bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuahnya sedikit pekat. (Perasakan dgn garam dan gula jika perlu). Tidak perlu masak terlalu lama.
6.Siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi.
7.Hidangkan.




Ok..sampai sini dulu.....

1 ulasan:

cikmanggis berkata...

wah all in one...jimat masa dan tenaga dan yang pentingnya sedap!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...