Rabu, 31 Mac 2010

Kari Telur Rebus

Ni request daripada lalink tersayang aku...semalam time nk tido aku dh siap2 tanya, nk masak lauk apa untuk esok... dan dia terus cakap nk makan kari telur rebus...emmm..senang citer...


BAHAN-BAHANNYA:
Telur (direbus dan dibuang kulitnya)
4 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci halia *
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 s/b rempah kari ayam / daging
1 s/b serbuk cili
1/2 cawan susu cair / santan
3 cawan air
Sedikit daun kari
2 biji cili hijau (dibelah 4)
Sedikit minyak
Garam, perasa dan sedikit gula

CARA-CARANYA:
Tumbuk bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, buah pelaga dan bunga lawang bersama bahan tumbuk hingga garing,
masukkan rempah kari & serbuk cili
Tumis hingga garing,
masukkan pula daun kari dan air, biarkan mendidih,
gaul seketika,
masukkan susu cair dan gaul lagi hingga menggelegak,
masukkan telur, cili hijau, garam, perasa dan sedikit gula,
biarkan kesemua bahan sebati dan masak bolehlah ditutup apinya.


Luak tambahan hari ini. Sambal ikan cencaru.



p/s: memandangkan dh ada kuah kari, esok pagi bolehlah buat egg paratha roll



3 corat coret:

AimyAzeefAzfar berkata...

Errmmm arini nk masak kari telur versi akaklah...

Nora Karim berkata...

macam menarik resipi ni.. lain sikit dr yg biasa buat... nak try la...

Cendana Kasih berkata...

ala, respi biasa2 jer..cara arwah mak saya... cubalah !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...