Rabu, 25 April 2012

Sibuk sepanjang minggu

Salam... 

Minggu ini CK cukup sibuk. Dengan tempahan dan sedikit projek kecil-kecilan.  Hingga semalam, CK telahpun menutup semua tempahan untuk frozen food, apam, coklat dan lain2 untuk regular customer (non regular telah tutup dari minggu lepas lagi) 

Semua stok frozen food pun tinggal dua tiga paket jer. Dan sehingga hari Jumaat ini, semua stok akan dihabiskan. Kenapa ye??



Inilah hidangan brunch hari ni untuk keluarga (breakfast+lunch) untuk Irfan. Bang Jebat dan Farisya pun makan ni jugak laaa.... Tapi hari ni special sikit sbb DOUBLE... hehehe....



 Sebahagian daripada projek coklat yang CK buat semalam. Sampai ke petang, dapat la dalam 15 kotak. Huh...habis jer siap semua, terbongkang tido sampai pukul 5. Hahaha....



Dan ini pula sebahagian daripada buah tangan yang siap berbalut. Projek tertangguh 2 hari sebab kehabisan kertas pembalut. Semalam takleh pegi kedai sbb ujan. Insyaalah malam ni sambung balik.... hehehe... Tapi apa dalam tu ek?? (kulit harimau bintang ) biarlah rahsia

Dan ada lagi beberapa ole2 yang hendak disiapkan. Apam Polkadot (my produk-mesti kena promot...hehehe) , Cheese Tart dan Kek Coklat. Semuanya mesti disiapkan sebelum Jumaat malam. Insyaalah....

Kenapa ye?? 


Yaaaa.... inilah sebabnyer... CK nk balik kampung. Fuh...setelah 7 tahun tak jumpa sedara, sepupu sepapat sume... rindu kat diorang. 

Last CK balik masa arwah ayah meninggal..itulah kali terakhir berjumpa. Dan lepas tu, kami semua tak pernah bersua lagi. 

Kali ini perjalanan agak jauh. Dari KL terus ke Utara (sbb rumah sepupu kat Penang, Kedah ) ...lepas tu singgah Taiping jap...tengok abang, kakak ipar, anak2 buah dan cucu2 sedara. Bermalam di Taiping sbb nk menikmati Dolly Char Kuetiau (yang diorang cakap sedap sangat tu...)....sambil mengimbau kenangan di Taman Tasik Taiping.... hehehe....

Esoknya, barulah ke kampung halaman CK di Kuala Kangsar. Tujuan utama nk balik ialah melawat pusara ayah dan nenek (untuk tunaikan hajat arwah mak yang tidak kesampaian-bersihkan kubur) 

Lepas tu plak, melawat abang2, kakak2 dan anak2 buah, bekas2 jiran, cikgu2 sekolah, cikgu tuisyen,makcik jahit baju kurung, pakcik jual kuih.. dll... (fuh...ramai tawwww... sebab tu la segala jajan pun kena banyak) 

Dan... berjumpa dengan kawan2 sekolah yang sudah berabad lamanya tidak berjumpa. Kini masing2 dengan rupa paras dan status pekerjaan yang berlainan... hehehe....  (CK jer yang tak bekerja...buat karipap jer kat umah...huhuhu)

 Hahaha...bak kata kawan CK di Chempaka Aziz "ko ni macam yang berhormat plak...balik membuat lawatan sambil memancing undi...yelah setiap kunjungan ada buah tangannya..." hahaha.....



My Jebat plak nk tunaikan impiannya menunaikan solat kat masjid ni (sejak kahwin, dia sendiri pun belum berkesempatan bersolat di masjid ni...)

Bagi CK sendiri, hujung minggu ini akan penuh dengan aktiviti makan2. Nk lepas rindu makan laksa dan cendol kuala, popia taiping dan mee udang kuala sepetang. Tak lupa juga Nasi Ayam dan Mee Rebus Ramli di Ipoh. Opsss... Putu Kuala haruslah tidak dilupakan. Tapi takpe, kalau tak sempat beli pun, dekat R&R Ulu Bernam ada jual. Tak ralat sangat

Ok...sampai sini dulu. Semoga perjalanan kami selamat !! Amin




9 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, CK.. memang sungguh2 sibuk ni, hati2 di jalanan..

Watierman berkata...

Assalam...Wah.Dik Noorma...nak balik kampung rupa2nya...selamat jalan2 cari makan dan berkumpul dgn sedara mara ya!!Akak pun nak berhoye-hoye ke KL lak ujung minggu ni!

Shiela Luddin berkata...

selamat dijalanan pergi dan balik yer..sesibuk manerpon kesihatan kena jage jugakk tau..:)take care..

KakAsma berkata...

Maa,
seronok nyerkan sesekali balik kampung,jadual ketat tu..mmg cam YB ler..
ee kalau akak laa tau ko balik gitu..mmg tangan terbuka..sonok dapat buah tangan..
kalau gitu bile nak kemelaka ajdi laa yoo nak singgah umah burok akak..hall pun dengan lukisan tangan dak Umar..hihihi...
Semuga perjalanan selamat pergi dan balik,selamat menjamu jamu segala yang diidam2kan..
dannn forget me not time makan2 tu..tengok menu wallaaaa mengancam!!!

zila norazila berkata...

salam ck..seronoknya dapat balik kg..dapat jumpa kwn2 lama..rasa rindu pulak kt kwn2 lama:)

Qasey Honey berkata...

asslm akak CK...wah sibuk yer spjg minggu ni...seronak yer dapt balik kampung jmpa sedara mara semua...selamat pergi dan balik yer dan berhati2 dijalanraya...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Noorma..selamat balik kg,semoga perjlanan selamat pergi & balik.Aminnn
7 tahun xpernah blk kg?lama tueeee...Lama ker bercutinya?baca n3 cam noorma nk bercuti sebulan lar..hihi
Semoga apa yg dihajati nk mkn2 tu..trcapai la ya.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam CK
sibuknya he he bila blk kg ni?akak sabtu baru baru blk Tepeng
jom singgah kg akak kat bt Kurau, leh mancing ikan talapia merah kat kolam he he
kalu dari Kuala dekat je 40 minit ikut highway baru Grik-kelantan tu
selamat jumpa sedara-mara ye

zarina berkata...

nanti call

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...