Selasa, 10 April 2012

Bergedil Tempe

Salam... 

Selalu kita buat bergedil daging kan. Kali ini mari cuba bergedil tempe plak. CK ni penggemar tempe. Sekali ke pasar tu, mesti beli 5 bungkus tempe sbb CK suka makan tempe goreng cicah cili kicap (hehe...dah macam anak jawa kan...) Dan kali ini, CK buat bergedil plak.


 Jom tengok resipinya.

Bergedil Tempe
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 paket tempe - dihancurkan
1 biji tauhu- dihancurkan
3 ulas bawang merah-dipotong dadu
3-4 keping cendawan tiram-dipotong dadu
1 biji cili merah-dipotong dadu
1 biji telur
sedikit daun sup, daun bawang
1 sudu besar tepung gandum
Garam, perisa

Untuk salutan (kalau suka)
telur
breadcrumb

Cara-cara
Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan-bahan. Kepal2 kan menjadi bebola kecil.
Celup dalam telur dan golekkan ke dalam bread crumb.
Goreng hingga perang. Angkat dan toskan
Siap...


Sebenarnya ini adalah salah satu menu diet. Cuma untuk diet, janganlah guna tepung gandum dan disalut dengan bread crumb. Lepas disatukan semua bahan-bahan, kepal2kan menjadi bebola kecil dan gorenglah sampai garing. Cuma berhati-hati ketika mengacau, takut bebola tu pecah. Paling selamat, biar garing satu bahagian barulah dialihkan. 


♥♥

5 corat coret:

zila 4ever berkata...

sedapnyaaa...terasa rasa kt tekak nie teringin:)

Park Young Shake berkata...

Assalamulaikum.... ada kuih lebih2 tak lapar la....

Chah berkata...

Kreatif! X penah makan...tp bab tempe cicah sambal kicap mmg superb!

Anna Qawina berkata...

nak order....

mala berkata...

salam dari oman CK, dah lama takjenguk sini. apa khabar?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...