Isnin, 16 April 2012

Butterscotch Crispies Cookies

Salam..

Jumpa lagi...dan petang ni CK tayang biskut plak yer... Sebenarnya dah buat minggu lepas, tapi tak sempat nk ambik gambar (sbb lepas bakar tu, ada tetamu datang..so jamu sikit, tinggalkan sikit utk anak2...sibuk punyer pasal, tak sempat nk ambik gambar) Dan hari ini CK buat lagi memandangkan masih ada belen sos butterscotch tu.




Terima kasih buat Zack dari Tawau yang sudi berkongsi biskut yang sedap ni. Harum semerbak bau biskut ni semasa dibakar. Memang sedap. Si kenit Rayyan tengah menguyah depan tv tu.

Resepi Butterscotch Crispies cookies
Resipi asal: Zack 

Bahan
60g butter, lembutkan
20g gula pasir, kisar halus - CK guna 15g
40g gula perang
45g sos butterscotch 

1/2st esen vanila - boleh ganti esen butterscotch
1 biji telur Gred C @ D
75g tepung gandum
1/4st baking powder
1/4st baking soda
1C nestum
1/4C rice crispies@bubble rice
1/4C quaker oats
50g white choc chips@ white choc dicincang kecil

Cara:
1. Pukul butter, gula pasir, gula perang, esen vanila/butterscotch dan sos butterscotch hingga gebu.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Masukkan tepung ke dalam adunan butter. Gaul sebati guna mixer, lowest speed. Masukkan nestum, rice crispies, nestum dan white choc/chips. Jika kelihatan lembik, boleh tambah lagi sikit tepung gandum atau nestum/oats sesudu dua.
4. Ambil sesudu adunan sebesar 1/2sb, bulatkan dan tekan sikit atas oven tray yang dialas dengan baking paper (biskut akan kembang dan keluarkan minyak sikit ketika dibakar). Jarakkan adunan 1.5 inci.
5. Bakar dalam oven, 150C selama 12-15 minit atau hingga tepi biskut kelihatan perang. AWAS! Jangan terlebih bakar atau biskut akan kelihatan hangus (akibat sos butterscotch) tp dalamnya ok je lagi sebenarnya :P
6. Biarkan sejuk atas oven tray selama 5 minit, sebelum dialihkan ke atas redai kek. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Ridiculously Easy Butterscotch sauce
(halfkan resepi di bawah untuk buat biskut di atas)
60g butter
1/2C gula perang
1/2C dairy cream @ non-dairy whipping cream @ susu sejat - saya guna non-dairy
1/2st esen vanila

Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk tebal, gunakan api kecil.
2. Masukkan gula perang dan cream.
3. Kacau guna whisk selama 3-5 minit (adunan akan berbuih-buih kecil).
4. Tutup api dan masukkan esen vanila. Alihkan dari dapur gas dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
5. Sos akan pekat masa penyejukan dan ketika disimpan dalam peti sejuk, tak perlu masak terlalu likat sangat.
***Butterscotch sauce will keep for 2 weeks in the fridge, tutup rapat dan biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.

NOTE:
1. Sos butterscotch akan menjadi pekat ketika disimpan dalam peti sejuk. Kalau nk cairkan balik boleh biarkan pada suhu bilik dulu atau guna microwave oven.
2. Biskut menggunakan sos butterscotch tak sama peel macam guna golden syrup, biskutnya akan bertambah caramelized ketika dibakar. Hence, lebih rangup. Makin lama dibakar, makin caramelized, dan boleh bertukar menjadi toffee (yang keras). Jadi perlu jaga suhu, guna suhu yang rendah masa buat biskut ni.
3. Sukatan rice crispies@bubble rice, nestum dan oats interchangeble. Boleh lebihkan oats, kurangkan yang lain. Atau lebihkan crispies, kurangkan yang lain. 



Sedap biskut ni, dan kali ini CK tambah gajus kat dalam biskut tu. Jadinya bila kunyah ada la terasa kekacang kat dalam tu...hehehe.... 




 ♥♥♥

11 corat coret:

Chik Mimi berkata...

Ma harumnya sampai penang heheheh mesti wangi kan

sabar dubai berkata...

waaa mesti harum mewangi kann kalo ade butterscotch nih.....mcm famos amos jee nmpk..

Cendana Kasih berkata...

sampai Penang baunyer?? waaa... tenggelam bau kari nasi kandar kan...hehehe...

Cendana Kasih berkata...

yer, wangi semerbak..sabo jer la jiran sebelah menyebelah...hehehe.. ni .. rangup dan sedap..

ogyep yummy mellow berkata...

Salam kenal... ogyep memang suka butterscotch cookies ni... nampak success cookiesnya...

INA berkata...

Rajinnya Ck buat biskut..ina kena tunggu nak raya baru ada mood nak buat..he3 masuk list utk biskut raya tahun nie.

Cendana Kasih berkata...

Salam kenal juga dar CK.. yer, best biskut ni...anak2 saya sekali hadap jer dah habis. Ni kali kedua..tu pun dah tinggal setengah balang jer..

Cendana Kasih berkata...

Ina, ni pun ala2 malas + rajin jugak..almaklum la, anak2 tengah membesar, kejap2 nk makan, mesti ada benda yang nk kena gigit... so terpaksa la buat .... kat rumah ni takyah tunggu raya, sume ada jer...hehehe...

mala berkata...

salam ck, ambik resepi dulu ya. blh buat bekal anak ke sekolah ni.

Cendana Kasih berkata...

salam Mala...anak2 bekal biskut ke sekolah..mcm bulan raya plak yer... anak2 saya kalo biskut ni diorang takmo bawak ke sekolah sbb takut tak sempat makan, kawan2 dah rembat dulu...kengkadang cikgu pun share sama...hehehe... hari guru bulan depan ni dah plan nk buatkan sekut femes amos utk cikgu2 diorang..

Nieza berkata...

rajinnya buat cookies..nampak sedap tu.mai pos sini sebalang kak...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...