Sabtu, 21 April 2012

Lompang Labu

Salam Sabtu..

Aik?? labu lagi?? yer...selagi masih ada....Sebijik labu, dibelah dua...satu untuk kau, satu untuk aku....hehehe....


Bahan-bahan
2 cawan labu dikukus dan lecek
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1/2 cawan air 1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
kelapa parut putih+secubit garam

Cara-cara 
satukan tepung, labu, gula, air, dan air kapur dalam satu bekas dan gaul rata (boleh juga masuk dalam blender) 
tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak. 
kukus 10 minit atau hingga masak hidang bersama kelapa parut. 


Mendung saja hari ni... meh pekena lompang dengan air kopi !!

♥♥

6 corat coret:

Cheq Sue berkata...

haaaaa...boleh cuba ni, stok labu tengah dok ada tu..

Amie berkata...

Selamat petang CK,
tadi jumpa lompang hijau, di sini jumpa lompang kuning labu...memang hari ini hari yang cantik! Semua kuih lompang yang ditemui menawan belaka warna-warnanya!

norlieharumaini berkata...

sedapnya... warna tu cantik

ogyep yummy mellow berkata...

ogyep suka lompang... lagi2 labu... tapi x pernah cuba buat... yang paling suka sekali, pinggan kekwa merah tu... menggamit memori...

zila 4ever berkata...

salam ck..
lompang labu x pernah try lg..klu yg biasa aritu dh cuba buat..nampak sedap jew kan..:)

HomeKreation berkata...

Salam Noorma. Along dah buat kuih ni tadi. Alahai keras macam plastik... rasa nya mungkin Noorma salah taip sukatan air tu kot. Tolong komen kat blog Along ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...