Salam untuk semua pengunjung blog. Korang dh minum ke? Petang ini cuaca panas,kami sekeluarga menjamu selera dengan cempedak goreng la plak. Musim cempedak ke skang ni? mana amik cempedak?
Hahaha... ni cempedak yang aku frozenkan masa sebelum puasa hari tu. Time bulan pose, mana leh makan cempedak goreng ni. Kang mulalah angin satu badan.
Resipi adunan tepung ni amik dari rumah Kak Ina KL. Time kasih akak. Memang rangup dan sedap.
Bahan-bahannya
75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)-tak letak
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
Cara-caranya
1. Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Akak bancuh dengan whisk lagi senang rasanya.
2. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak.
3. Selepas bancuhan di perap untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup walaupun telah sejuk.
Ceritaku: Risau...tengahari tadi Irfan tak makan nasi. Balik jer terus masuk tandas. Katanya cirit dan sakit perut. Sampai petang, aku suruh Jebat bawak g klinik. Bila doktor check, kata takde apa2. Jangan risau. Mungkin perut masuk angin.
Aku salah masak ke? pagi tadi dia dan jebat breakfast burger. Tapi Jebat tak sakit perut plak.

4 ulasan:
alamak..terima kasih noorma cm baru teringat ada cempedak dalam freezer.Boleh goreng petang nanti:)
cempedakkk....peberet family mas tu...sedapnya...
mak aii cempedak goreng.. sedapnye~
wah.. sop suka benar nih.. :)
Catat Ulasan