Rabu, 22 September 2010

Beef Prosperity Burger

Salam...tengahari tadi nampak Cikgu Hana tayang burger oblong dia..oooo..tak tahan ooo..kalo tak buat,mau termimpi2 malam kang. Petang ni aku buat jugak walopun gigi tengah sakit...apa kisah..sakitnya sebelah kanan, so aku bedal ler makan belah kiri... dh abis makan, baru terasa sakit..hoooo..


Sebenarnya semalam aku dh beli roti burger ni kat MyMaidin, tp tak sempat nk masak. Mmg nak buat prosperity burger ni ponk.

Ni versi daging.Untuk Sharmini dan rakan2 yang tak suka/tak makan daging, boleh gantikan dengan ayam. Pon sedap gak.. tp kalo korang rasa nk guna daging unta atau ostrich pun boleh gak. Tak de sapa nk tangkap...

Bahan Daging
•400g daging cincang
•1/2 biji bawang besar - cincang
•1 biji telur
•1/4 cawan tepung
•2 sudu besar breadcrumbs- tak letak pong
•beberapa keping slice cheese @ cheese lain
•1-2 sudu besar susu segar - aku ganti ngan susu tepung
•serbuk lada putih
•garam
•1/4 cawan air- utk steam daging

•Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger. (bukan leper cam beger biasa yer! agak bolat2 lonjong n gemok2 sket!)
•Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
•Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.

Bahan Sos Lada Hitam•2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
•1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
•1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
•1/2 biji bawang besar - cincang
•2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
•1 sudu sos tiram
•1 sudu mentega/ marjerin
•2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
•garam dan gula - jika perlu
•1 sudu besar sos cili (i added)

Cara-cara
•Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
•Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
•Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
•Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
•Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
•Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.




Jangan ditanya lagi ttg burger ni..Dh sah2 selesai masuk perut..finisto !!!

1 corat coret:

hana berkata...

uishhh ajaibb..apesal komen aku ilang kat sini. ko telan er mek? muekekekekekee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...