Isnin, 20 September 2010

Apple Oat Drink

Salam semua. Semua dh ke sekolah, hb dh kembali bekerja, dan aku pun kembali pada rutin diet. Sesak sikit badan ni lepas raya. Rasa macam penat jer. Mungkin makan banyak kot masa bertandang ke rumah saudara dan kawan2. Ramai yang kata aku kurus, tapi aku masih rasa badan ni gemuk. Entah ler..

Dan hari ini bermulalah program diet aku. Dan dimulakan dengan minuman diet ni. Campuran Epal, Oat dan Yogurt, mmg sesuai utk sapa yang nk kuruskan badan, sekaligus kenyang sampai tengahari.

Bahan-bahan
-1 biji epal-dibuang bahagian tengah
-1 cawan yogurt
-2 sudu besar madu
-1 atau 2 sudu besar oat
-sedikit air panas
-air sejuk secukupnya

Cara-cara
-Rendam oat dalam air panas agar oat kembang sedikit.
-Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sampai halus
-Siap.
(versi aku : tambah sikit sirap dan tambah ais batu..) sapa suka letak coklat harsley pun boleh. lagi sedap.. tp idak ler diet namanyer, tu penyedap perut... hehehe



Ceritaku: Semua kengkawan dh tanya, bila aku nk buat open house. Jawapannya : Tahun ni takde open house,sbb takde pembantu (laki aku dh takde cuti, so takde orang nk tolong aku masak memasak dan kemas mengemas). Dengan anak kecik ni payah sikit ler nk buat kerja. Tapi tak bermakna kengkawan takleh datang umah aku kan. Sapa nk datang, bgtau awal dan aku akan msak.Itu jer lah.

2 ulasan:

idawan59 berkata...

hmm...nak cuba jugak. tapi kat peti sejuk ade epal hijau dgn susu rendah lemak.

izahdaut berkata...

wah..akak.. diet dah ni..sedap ke air camtu..menarik jek..selamat hari raya kak..air camni hidang kat tetamu mewaah gak kan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...