Isnin, 27 September 2010

Donut Gebu

Salam...dah lama tak buat donut. Anak2 mesti suka.



Bahan A :
1/2 kg tepung
3/4 paket yis Mauripan
1/2 camca teh gula
1/4 sudu teh garam
350ml air masak suam
yis dicampurkan dgn air suam.biarkan sebentar(bagi yis naik berbuih2 sikit)tepung dan garam si satukan.setelah yis naik tuang kedalam tepung dan uli menjadi doh sebentar.(tepung ni agak melekit tapi jgn tambah tepung lain).Rehatkan doh 90 min.tutup dgn plastik

Bahan B :
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 camca teh garam
2 sudu besar susu tepung
4 sudu gula castor
1 biji telur
2 sudu shortening (atau majerin)

Cara-cara :
Semua bahan B disatukan menjadi doh.Tumbuk A utk mengeluarkan udara.
Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Jika masih lembik boleh tambahkan sikit tepung.Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit.Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
Boleh di tabur dgn gula @ apa2 sahaja mengikut kesesuaian.Sedia di hidang.



Note:sewaktu menggoreng pastikan api tidak terlalu kuat dan sentiasa balik2kan donut supaya masaknya rata.Adunan ini boleh dapat 50 biji donut.





Ceritaku: Hari ini mood M melanda, so tak masak nasi. Walhal lauk mmg banyak dalam esbox tu. Segala ketam, sotong, udang, paru, babat...sume ada (jebat beli malam tadi kat pasar borong)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...