Ahad, 19 September 2010

Nasi Portugis

Salam semua. Tengahari ini nk berehat jer kat rumah. Esok Jebat dh mula kerja. Entah bila la dapat cuti panjang/lama2. So hari ni spend time ngan family. Masak2 special sikit.. (idak ler special pun..)

Jauhnyer datang nasi ni. Dari Portugal nun. Apsal diberi nama camni aku pun tak tau. Mungkin penggunaan rempahnyer kot. Entah ler.. Tapi nasi ni mmg best. Lain dari yang lain. Selalu makan nasi minyak, nasi biryani, tapi hari ni tu

Hari tu nampak Suzi masak nasi ni, terus terpikat. Tapi aku idak ler masak bermacam2 lauk. Hanya buat kari ayam jer dan salad telur jer. Mood M dh dekat nk datang ler kot..


Resipinya aku cilok dari Umah Suzi. Dia plak amik dr umah CMG dan Chef Norzailina Nordin. Time kasih pada semua !!!

BAHAN - BAHANNYA
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
300 g daging batang pinang*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
500 ml stok rebusan daging
500 ml santan
2 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar minyak sapi
3 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*
3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun sup/daun bawang
Gajus goreng
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing. Masukkan beras tadi dan goreng hingg rempah rata dengan beras.
Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul). Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar atau lauk2 lain yang anda gemari....

Salad Telur

Kari Ayam. Dah ter'masak' kari ayam ni, petang ni bolehlah buat roti jala. Lama plak tak menjala. hehe...

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...