Rabu, 22 September 2010

Mama Carbonara Spegheti

Salam..tengahari ni anak2 takmo makan nasi. Diorang nk makan speghetti plak. Yelah, start puasa hari tu, tak masak spegheti lagi. Haaa...senang citer. Mama pun tengah malas nk masak. Bukan takde lauk, tpi dah jemu masak&makan ikan2 yang papa pancing tu. Abis tu nk makan apa yer? seladang? rusa? pelandok? ish..payah nk dapat tu..kerbau pendek banyak ler..kahkahkah...


Along kata tak payah guna sos dalam tin tu. Tak sedap. Nak yang mama masak macam biasa tu.Ala..yang letak mayonis tu.. oooo... itu macam kaaa.. Lagi senang keje mama. Duit pun jimat..hahaha...

Asalnya resipi dari Myr. Tapi aku dh ubatsuai dan modified ikut tekak dan selera anak-anak.

Bahan-bahan
~1 biji telur separuh masak
~spagetti secukupnya
~1 sudu besar mayonis
~1 sudu besar butter
~sedikit garam
~isi ayam, chicken ham, sosej, crabstik dll (sukati ler nk tambah apa pun)
~1 ulas bawang putih- dicincang
~cendawan- aku guna cendawan stoberi dalam tin. Dipotong 4
~1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
~2 sudu besar minyak zaitun
~Parmesan cheese secukupnya
~Parsley kering secukupnya
~serbuk lada sulah/lada hitam
~serbuk mix herb

Cara-cara
1.Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2.Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.Masukkan serbuk mix herb, dan lada sulah/hitam. Masukkan isi ayam, crab stik dll.
3.Kemudian, masukkan pasta bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4.Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5.Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley.




Ceritaku: Hish..nk masak apa plak untuk si Jebat ni? sekarang ni dia tengah standby, so balik umah dalam pukul 3. Semalam pun sama, ingatkan bila dh balik lewat, takmo ler makan nasi, rupanya nk makan jugak. Dah la aku masak simple jer (tak kena dengan tekak dia laaa...)Hari2 mengadap nasi pun boring gak. Tambah plak memandang ikan2 yg dia pancing tu.

2 corat coret:

cikmar berkata...

betul tu..sos yg dah siap tu cpt jemu..jd fobia nk mkn pasta2 ni..kdg2 terbeli sos yg sedap okla...kdg2 terbeli yg tak sedap..huwaa

Noorma Ismail berkata...

akak pun jarang beli sos yang dh siap.. tp kalo nk makan pasta yang sedap pegi je Secret Resipi ataupun pizza hut (tu jer yg murah sikit pun, tempat lain mahal)..pasta kat sana sedap gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...