Ahad, 19 September 2010

Roti Jala Kari Ayam

Cuaca hari ini PANAS ! Memang bagus untuk buat open house. Tapi aku malas plak nk pegi open house waktu panas2 cenggini. Boleh pening kepala dibuatnya. Mana tidaknyer, masuk kete kena aircond sejuk, pas tu kuar dari kete kena plak panas membahang. Sejuk, panas, sejuk panas..kepala pun sakit ler...Silap ari bulan, Panadol Active Fast pun tak jalan.

Dapat jugak makan roti jala ngan kari ayam ni setelah penyakit M tak jadi menyerang.Kalo tak, makan roti putih jer la diorang tu.

Bahan-bahan
750 - 850 ml air
410 ml susu cair (ganti ngan santan pun boleh)
600 gm tepung gandum
2 biji telor
3 - 4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan - untuk merenjis

Cara-Cara
Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...