Selasa, 14 September 2010

Bihun Goreng

Slamat pagi semua. Korang dah breakfast ke?



Breakfast kami pagi ni, bihun goreng ngan telo mata. Dh lama tak makan cenggini.


Respi amik dr umah chef Hanieliza. TQ kak Liza.

Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

cara
1. Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.



Ceritaku: Hari ni sibuk nak mengemas apa yang patut. Kemas baju, kemas barang2 dapur sikit2. Kami sekeluarga nk pegi bercuti. Tak lama, 3 hari jer..

3 corat coret:

E Valavan berkata...

Easy 1...2...3. Read and write your own article. A new collabrative dimension - www.jeejix.com

zarina berkata...

sedapnya telur mata ni..aku memang suka telur gini...cuti ke mana ni?

Noorma Ismail berkata...

Hehe..tgk link widget kat bawah tu, bihun goreng ada telur mata. Kelako la plak. Kami sekeluarga mmg suka makan telur goreng. Sebulan mesti beli 2 papan. Itu belum masuk buat kek/kuih lagi.

Cuti dekat2 jer.. mana lagi, PD ler.. 1 jam perjalanan jer. Kalo apa2, boleh terus balik umah. Almaklum ler..tinggalkan anak2 kecik kat dalam kolam tu. Risau gak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...