Ahad, 5 September 2010

Pandan Swirl

Salam semua. Semalam dan hari ini sibuk mengemas rumah. Habuk ya rabbi. Tambah lagi kat dalam bilik 2 ketui tu. Apa nk buat, nasib dioranglah dapat mama yang malas..hehehe.



Tanpa ku sedar, aku tersebut namamu !!! (eh..itu lagu Siti fairuz, Bila Rindu Kusebut Namamu ) tapi ini..tanpa ku sedar BISKUT RAYAKU KIAN REDA.. alamak..macam mana ni...lagi 4 hari nk raya, biskut sume dh tinggal setengah... ni sume gara2 makan sekut lepas berbuka la ni..

Bahan-bahan
Bahan A-140gm butter
-20gm shortening
-70gm gula ising
-1 biji kuning telur
-1/2 sudu teh pandan emulco
-1/8 sudu teh perwarna hijau epal
-1/2 sudu teh emplex

Bahan B-260gm tepung rose
-20gm tepung kentang
-20gm santan serbuk
-40 gm kismis kuning
-40gm kismis hitam
-20gm serbuk hazelnut
-30gm cornflakes kisar

Hiasan: coklat hitam dan coklat putih

Cara-cara
1.Sebatikan semua bahan A hingga sebati
2.Masukkan semua bahan B kedalam A
3.Uli hingga menjadi doh yang lembut
4.Canai dan terap dengan acuan bulat
5.Atur dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 160'c selama 25-30 minit
6.Sejukkan dan hias dengan coklat putih dan hitam




Ceritaku: Esok akan mulakan projek buat tart nenas bunga. Aku mmg suka makan tart nenas, tak sedar dah habis setengah balang.

Buat Qelissa, sori tak dapat buat almond cluster tu, insyaalah lepas raya yer..lagipun stok brang2 coklat kat umah ni dh kian reda, kalo ada barang mungkin boleh buat lagi. Sabar yer dik. Ko balik kg dan raya dulu. Nanti balik sini, akak buatkan special punya almond cluster buat ko... maaf sekali lagi !!!

1 corat coret:

miss cloudy berkata...

salam singgah.. wahhh best nyerr, wat ngidam je posa2 nih.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...