Sabtu, 25 September 2010

Samosa

Salam semua. Sarapan pagi ini dengan samosa. Sebenarnya dh pernah buat masa puasa hari tu. Memang rangup dan sedap.



Resipi dari umah Kak Ina KL, boleh klik sini yer

Bahan untuk kulit (dapat 8 keping kecik)
1/2 cawan tepung serba guna-akak guna tepung gandum
1 sudu kecil tepung suji (samolina flour)
secubit garam
1 sudu makan + 1 sudu teh minyak sayuran/minyak masak
1/4 cawan air suam (jangan tuang sekali gus)

Bahan inti
1oogm daging cincang
4 biji ubi kentang di rebus bersama kulit (setelah di cuci bersih)sehingga empuk.
1 sudu makan rempah daging
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu teh ketumbar*
1 cawan sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang pea) (klu nak guna kacang pea pun tak apa)
1 sudu teh jintan manis
garam secukupnya
2 sudu makan minyak masak/sayuran

Cara-cara untuk inti
Kisar bahan-bahan bertanda *.
Ubi kentang di buang kulit dan di cincang kecil-kecil.
Panaskan minyak dan tumis jintan manis sebentar dan barulah dimasukkan bahan-bahan kisar, rempah kari daging dan kacau sebati sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan sebentar.
Setelah daging empuk, masukkan pula sayur campur dan biarkan sebentar.
Kemudian masukkan ubi kentang yang telah di cincang kasar.
Masukkan garam dan kacau sebati.
Rasa garam dan barulah dipadamkan api.

Cara-cara untuk buat kulit samosa
Ayak tepung gandum dan campurkan dengan tepung suji.
Masukkan secubit garam.
Masukkan pula minyak masak dan uli hingga sebati.
Masukkan air suam sikit demi sikit sampai menjadi doh yang lembut. (bergantung kpd tpg yang digunakan)
Perapkan sekurang-kurangnya 20 minit.
Bahagikan doh kepada 4 bebola kecil.
Canai dan terap ikut bentuk yg disukai.
Masuk inti
Goreng hingga kekuningan.
(aku buat bulat2 jer...senang..(sbb dh banyak kali cuba cara kak ina tu, tp fail..)

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...