Sabtu, 18 September 2010

Ikan Bakar Nasi Kerabu

Salam Semua. Kembali pada rutin harian aku, iaitu MEMASAK. Hari ini penuh dengan jemputan rumah terbuka, dari tengahari sampai malam, tapi kami putuskan untuk makan tengahari kat rumah dulu.Jebat nk makan masakan bini dia..hahaha.. Hari ni Jebat kata takmo makan ayam, daging. Nk makan ikan plak. Fikir-fikir.....


Nah..ini dia lauk untuk hari ini. Ikan Bakar. Balut dengan daun pisang dan aluminium foil, pas tu bakar atas pan. Cepat, senang dan SEDAP. Cicah dengan air asam.

Resipi ikan bakar ni amik kat MYR oleh Junjs11

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
1 ekor ikan
1 serai-diketuk
daun limau purut-dihiris
air asam jawa
daun pisang dan aluminium foil
bahan2 kisar:-
@5 cili merah
@5 cili kering
@5 cili api
@5 biji bawang merah
@3 ulas bawang putih
@3 batang serai
@garam

Cara-cara
1.panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
2.letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
3.bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
4.hidangkan dengan air asam atau cili berkicap


Lauk-lauk sampingan yang lain.

Paru goreng berlada. Ni paberet aku. Kalo jebat, dia suka goreng garing tanpa sira ngan cili. So untuk dia, lepas goreng, aku asingkan sikit. Banyak songeh laki aku tuh..


Kailan Goreng Ikan Masin

Ulam2, sambal belacan dan budu, untuk nasi ulam.

Serunding Ikan, utk dimakan ngan nasi ulam.




Ceritaku: Hari ni masak awal dan makan pun awal. Lepas ni nak pegi open house kat rumah Pak Usu (bapa saudara sebelah hubby) di PJ. Dari sana kami balik ke Puncak Jalil semula untuk ke rumah guru tadika Irfan, Puan Maznah dari PJIK. Dan sebelah malamnya, akan memenuhi jemputan kawan sekolah aku, Ruzanita di seksyen 7 Shah Alam. Semoga diberi kekuatan dan anak2 tak buat buat perangai.

2 ulasan:

Ezao' Edogawa berkata...

wah sodap ehh! terliurr tgok ikann tu!

fuzidss berkata...

Salam singgah.. saya follow ya. Nampak fresh ikan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...