Sabtu, 18 September 2010

Kek Kukus Vetvet Hawflakes

Salam semua.Lepas makan tengahari tadi, kami sekeluarga memenuhi jemputan rumah terbuka Aidilfitri. Ke rumah Pak Usu, kami makan mee kari. Di rumah Teacher Maznah PJIK plak, kami makan laksa Johor. Semuanya sedap2. TQ atas jemputan. Hari ini memang kenyang & seronok.



Sebenarnya dari sebelum puasa lagi aku teringin nk makan kek ni, tapi tak kesampaian nk membuatnya. Tengahari tadi, sambil memasak, aku pun buat la kek ni. Macam biasa, aku nk cepat (dan malas), so lapisannya cuma 5 jer la. Kalau nipis2 lagi cantik kan..

Terima kasih pada kak Fida dari pulau singa yang sudi berkongsi resipi kek lapis yang sedap.

Bahan:- ( loyang bulat 8 inci)
• 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
• 225 gm gula halus
• 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
• 1 sudu kecil rata baking powder
• 1 sudu besar ovallette
• 150 ml susu cair ( gee guna susu segar )
• 1/2 sudu kecil garam
• 100 gm minyak jagung/masak
• 1 sudu kecil esen vanila
• beberapa titis pewarna merah dan hijau
• asam hawflakes secukupnya

Cara Membuat:-
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.



Ceritaku: Alahai..jemputan ke rumah terbuka sahabat lama Ruzanita di seksye 7 Shah Alam terpaksa dibatalkan sebab rumah kami dikunjungi teman2 sekerja Hang Jebat. Apa nk dikatakan. Dan takde rezeki nk jumpa. Maaf yer Nita. Mungkin lain kali kita jumpa. Insyaalah !!!

Sib baik jugak ada kek kukus ni, ada jugak benda nak dijamu. Tapi malu ler..rupa tak cantik..

2 corat coret:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam noorma...sedap kek tuh!raya nie x sempat nk buat kek pon...angkut kek MIL jer..hikhik

leen hussain berkata...

salam noorma - wah!cantik seh ko nya kek...gebunya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...