Khamis, 2 September 2010

Puding Triffle

Salam...akhirnya berjaya gak pujuk hubby beraya ngan mak aku kat Melaka. TQ kawan2 bagi idea..cayang korang !!

Hari ini menjayakan keinginan nk makan puding triffle. Dah lama nk buat ni, tapi tak kesampaian. Hari tu dh siap beli swiss roll, bangun pagi cadangnya nk terus buatlah...tapi tinggal plastik pembungkus swiss roll jer. Irfan dh makan. Frust betul. Kali ni beli swiss roll besar sikit. Sekurang2nya, kalo Irfan makan pun, sure tak habis punya.


Resipi amik kat MYR. Rasanya sume puding triffle sama jer kot respinyer.

Bahan-bahan ( 5-7 )
1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona
1 mangkuk air panas

Cara-cara
1.Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2.Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3.Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4.Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5.Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6.Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7.Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan



Ceritaku: Opss !!! ni bukan juadah nk bodek laki aku yer..sbb laki aku tak brapa layan segala puding makding ni.. Puding ni utk melayan tekak aku sendiri. Dh banyak tgk kengkawan kat blog buat puding ni..so aku pun teringin ler..

Ok...bye... malam ni nk layan Seram@tv3 sambil makan sekut raya.. hehehe...


5 ulasan:

zarina berkata...

tak pernah lagi aku makan ni...bak sikit :)

Cendana Kasih berkata...

yer la...ni baru kali pertama aku buat.. slalu tgk kat blog orang jer...insyaalah...nanti kita gathering aku buat...

Chempaka Aziz berkata...

sedap tu, ada kwn aku ajar-pakai buah2an yg fresh.cam strawbery,kiwi,cherry.lagi umph..sbb cost up,rasa lagi up...hihii..
pastu makan dgn fresh milk yg sejuk..fuh!

Chempaka Aziz berkata...

sedap tu, ada kwn aku ajar-pakai buah2an yg fresh.cam strawbery,kiwi,cherry.lagi umph..sbb cost up,rasa lagi up...hihii..
pastu makan dgn fresh milk yg sejuk..fuh!

cikmar berkata...

knp lelaki tak brp suka puding/benda pelik2 skit ek..pelik kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...