Selasa, 19 Julai 2011

Masala Vadai

Assalamualaikum... petang ni kita ke Selatan India plak yer..hehehe..menjamu selera dengan Masala Vadai. Ala...kalo orang Malaysia panggil Masalodeh ler....

 Ada macam2 resipi vadai koleksi CK. Ni yang terbaru gara2 menggoogle petang tadi. Teringin plak nk makan masalodeh asli india. Teringat ari tu beli masalodeh kat spital Melaka. Hehehe....



Resipi dari Karala, Selatan India. Takde unsur2 kemelayuan pun..hehehe. Tak payah letak telur atau tepung untuk melekatkan adunan kuih tu. Sure sedap dan rangup !! 

Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 cawan kacang dhal- direndam 3-4 jam hingga kembang
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 sudu kecil garam masala
1 biji cili hijau
1 biji cili merah- dipotong dadu ** jumlah cili terpulang kepada kepedasan masing2
1 tangkai daun kari- dihiris halus
1/2 sudu teh jintan putih- ditumbuk halus
1/2 inci halia- ditumbuk kasar 
2 ulas bawang putih- ditumbuk kasar
garam, perasa

Cara-cara
Kacang dhal dibahagi 2 bahagian. Satu bahagian ditumbuk kasar, dan satu bahagian lagi ditumbuk halus.
Gaul dengan bahan2 lain. 
Sesuaikan garam.
Ambil sebesar bola pingpong, bulat-bulatkan dan kemudian dileperkan.
Goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana.
Siap...dan dihidangkan panas-panas.


Panas petang ni... cadang nk ke pasar tani. Cari kerepek dan ulam2 kampung. Tapi my Jebat lom balik lagi..... huhuhu...seronok sangat ke naik Roller Coster kat Genting tu bang oiiii !!!



3 ulasan:

Anna Qawina berkata...

semua bhn aku ada..rasa nak buatla..tp nak mknn ngan apa ek..hehe

Cendana Kasih berkata...

Ana- makan ngan pengat doyan pun ok gak...wakahkahkah...apa raaa ko. Ada ulam2 ker nak makan masalodeh ni??

Juwita Jamaludin berkata...

kak suami ita suka kuih ni kak.. dulu kalau gi pasar malam tentu beli.. kena buat ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...