Salam... Fuh..penat sungguh hari ini. Hari terakhir siapkan semua tempahan kuih2 frozen dan benda2 yang sewaktu dengannya. Dan SEMUA TEMPAHAN telahpun ditutup. Bukan menolak rezeki, tp dah tak mampu. Takut mati terkangkang kat dapur tu..kehkehkeh !!!
Musim durian tak abis lagi kan. So hari ni CK buat kuih koci plak. Inti kelapa campur durian. Wallah, lama sungguh tak buat kuih ni, yelah, tunggu pokok pisang tu besar sikit baru boleh cantas daun dia...cian...
Resipi disalin dari Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih encik CMG. Dah selalu buat ikut resipi ni.
BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam
BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air
BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit.
3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....
Inilah rupa paras selepas di'operate' hehehe...
Jom minum petang !!!
8 ulasan:
kak cek suka kuih koci pulut hitam...kalau intinya campur kelapa ngan durian...wah! sedapnya...:)
weh...sedapnya..dah terasa tekak ni ko nk hntar ke sini kan..hehe
tadi baru makan kueh koci..
'termakan' pastu nyesal.
daun pisang kat umah saya banyak.
tak de sapa nak guna..
assalamualaikum...sedapnyer kuih koci...tp yg pulut hitam ni belum pernah try lagi ni..
sedapppnya, lama dah tak makan kuih koci ni... lagi plak inti ader buh durian.... terliur dah ni.. :)
wahhh..sedappnya koci..
mas suka..
lama dah tak makan...
salam kak lama tak makan kuih ni.. rasa ridu plak nak makan. kalau nak buat alamak banyaknya bahan yang tak de..:(
nak...nak...nak... sedapnya...lama x makan ni..inti durian yg x tahan tu... nak jgk...
Catat Ulasan