Selasa, 21 Jun 2011

Talam Suji

Salam...jumpa lagi kita.. hari ni CK rajin sikit sbb tengahari tak payah masak beria2, sekadar masak lauk2 ringkas jer. My Jebat tak balik untuk lunch. Jadi ada masa untuk buat kuih, layan internet, FB, diet..hehehe....

Sebenarnya CK dh lama beli tepung suji ni, tp tak tau nk buat apa. Tujuan utama beli hari tu sbb nk buat samosa. Lepas tu tak guna dah..cian kat tepung tu, merayu2 mintak dimasak


Resipi dari chef Hanieliza. TQ

Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.


Ada sesiapa yang teringin??

***gambar tak brapa clear sbb pakai Lumix.


13 corat coret:

Sheila Shafeareen berkata...

Salam Ck
kuih ni mmf fv akk...x pernah buat pun...suka mkn sagat...leh tempah tak seloyang....

chikadakbiru berkata...

sedapnye..saya teringin nak buat kuih muih jenis talam ni..tp vitamin R dlm badan ni tak ckp lagi hihih

noorsafone berkata...

salam...nampak sedapp.bleh try ni.

Amie berkata...

sedap.....kita tak berapa reti nak buat, beli je kalau teringin...tp nak belajar buat gak.

Mas berkata...

akak..nak sepotong..
sedapnya tengok..

Cendana Kasih berkata...

Kak Sheila- nk tempah? alahai...boleh, boleh ler sesangat..satu loyang beso saya caj seringgit? boleh ? hehehe....

Cikadakbiru- saya pun bukannya rajin sangat, tp hari ni ada banyak masa, so bolehlah cuba...

noorsafone- yup,mesti cuba..sedap ni..

Amie- senang jugak nk buat kuih ni, kacau-kacau dan kukus..saya guna santan kotak, lagi cepat

Mas- aik? sepotong jer? cukup ker? sedap taw kuih ni...rugi kalo amik sepotong jer...hehehe

HomeKreation berkata...

Along nak, Along nak (angkat tangan ni). Tadi Noorma dah tanya kan, so jangan kata takda pulak.....

Naz berkata...

Noorma.. Cantik kuih ni.. Rajin menalam...

Chik Mimi berkata...

noormaaaa akak nak dah lamaaaa tak buat akak sejak makan talam suji ni terus jatuh chenta

anymz berkata...

salam norma,dah lama akak beli tepung suji tapi tak buat2 lagi..jgn expired sudah lah kan?..
cantik betul talam norma ni.:)

duniaku ena berkata...

bestnya....nk ckit leh?hehe ;)

Gee® berkata...

ermm...yummy!! memang sedap talam suji ni kan...akak dh buat resipi chef asma...sedappp

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak...
wah cantiknya kuih tu akak... x perna makan lagi talam suji nie... nmpk sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...