Salam Isnin.. sekejap jer rasanyer, budak2 dah seminggu bercuti. Errm...tinggal lagi seminggu jer boleh rilex. Detik2 ini harus dimanfaatkan sebaiknya.
Dan hari ini, CK masak rendang ayam. Dah lama teringin nk makan, tp malas plak nk membuatnya. Ni kalo makan nasi lemak sure terangkat. Tapi macam tak berdaya jer nk masak nasi lemak. Buat nasi himpit atau ketupat apatah lagi. Jauh kek dari oven. Hahahaaaaaaa
Ni rendang my style. CK kalo masak rendang mesti kena tumis dulu bahan2 cilinya (untuk hilangkan bau cili tu) kemudian baru masukkan bahan2 blender dan ayam. Biar air ayam tu kering, baru masukkan santan. Cara begini lebih cepat dan ayam elok jer (tak hancur) Meh tengok bahan-bahannya
Bahan-bahan
* ayam 1 ekor (sukati ler nk kampung atau bandar...arnab pun bleh)
* bawang besar 3 ulas *
* bawang putih 2 ulas *
* halia 1 inci *
* serai 3 batang *
* lengkuas 1 1/2 inci *
* kunyit 1 inci *
* cili kering kisar + cili padi sikit
* kerisik
* santan
* daun kunyit (hiris)
* bawang merah kecil- 3 ulas- dihiris halus
* sedikit minyak masak
Cara-cara
1. bersihkan ayam dahulu.
2. blender semua bahan yang bertanda * .
3. Tumis bawang merah yang dihiris kemudian mmasukkan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan bahan2 yang diblender tadi. Masukkan juga ayam. Biarkan dia mendidih dan air ayam keluar. Lepas tu dah boleh masukkan kerisik dan santan.
4.masukkan daun kunyit hirisan tadi untuk naikkan bau.
5. Siap untuk di hidang bersama nasi himpit, lemang, ketupat.. nasi putih pun bedal
**** Alahai...blog aku problem ada problem image loading (mcm blog kak Azatie)... jenuh mencuba.. last2 aku delete beberapa entri yang tidak berkaitan (ni blog masakan, so citer2 lain yang tak berkaitan aku delete laaa...) lepas tu baru boleh upload gambar... Kalau berterusan macam ni, slamat tinggal la Blogger.. kena pakai domain sendiri la nampaknyer !!!
10 ulasan:
weh...pulut ada tak? aku suka makan rendang dgn pulut..hehe
Salam Noorma...wah memang sedap dapat makan ngan nasi panas2 ni..tak kiralah nasik apa pun..hu hu
Salam Noorma. Datang menyapa kekawan... baru balik lum masak2 lagi ni. Wah sodap ada rendang ayam.
salam kak noorma.. sedapnya rendang.. ita suka rendang ayam kak.. lamanya tak merendang leh la menu esok buat rendang.. tergoda tgk rendang akak..:)
salam noorma..xblh masuk guna internet Explorer ke?Dulu k.atie guna tue pastu bila dh guna,masuk ikut google..dah ok lak!.kawan k.atie gtau ,problem camtu sbb kita dh trlbh letak gambar kat blog....
ada rendang lagi tak?lapar la pulak..hihi
Amboi sedapnya, lama kak tak makan tau...
http://treatntrick.blogspot.com
Dapat mkn dgn lemang...sodap ni...
dah mendidih perut tgk rendang akak hehehe lepas ni sure makan ngan ketupat resipi meletup.
salam. rendang ni untuk hidangan brp orang?
Catat Ulasan