Khamis, 9 Jun 2011

Kek Coklat dan cucu

Salam... hari ni baru sempat nk update blog. Dua hari lepas, cucu datang rumah, so sibuk la sikit... errrm... seawal 35 dh ada cucu? hehehe...CUCU SEDARA laaa...

Tak tau nk bekalkan apa untuk diorang balik Taiping, so aku buat la kek coklat. Ini jer yang nenek pandai sikit pun. (...kelakar jer rasanya bila cucu2 sedara terpaksa panggil Tok Su (utk Jebat) dan Nek Su (aku).. Jebat plak asyik mengusik "ooo..nenek masak untuk cucu yer..." kahkahkah



Kek Coklat Moist Cendanakasih versi cup cake !!

Bahan-bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan buttercup- dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B (diayak dulu yer)
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila


Caranya:
-Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
-Pukul putih telur sampai kembang. Kemudian baru masukkan pula kuning telur. Pukul lagi dan tambah esen vanila dan ovelet.
-Campuran bahan A yang dimasak tadi dan digaul sebati dengan telur menggunakan whisker.
-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau
-Biar semuanya bergaul sebati. Masukkan ke dalam loyang
-Kukus selama 1 jam.(boleh juga dibakar)
-Biar kek sejuk dan barulah letak topping

Utk topping:
CK cuma cairkan cooking chocolate dan campur dengan susu cair dan butter. Sesuaikan kepekatannya dan curahkan atas cup cake. Kemudian tabur manik gula


Inilah dia cucu2 sedara aku. Alia dan Afiq. Kecoh bermain dengan anak2 aku (walaupun tak pernah jumpa, tapi sekejap jer dah ngam)

** Sebenarnya anak sedara aku datang KL untuk interview. So angkut la skali adik2 dia. Sorang untuk jadi driver dan sorang lagi untuk teman sembang2 dalam kete. Angkut juga anak2 buah... so ramai ler...






4 ulasan:

Norasikin berkata...

Sama la kita. Bebudak sekarang, Anak sedara saya, belum abis sekolah dah gatal nak kawin. Hasilnya, muda2 saya dah bercucu

anymz berkata...

seronok masak untuk anah2 buah atau cucu2 ni kan?..akak pun ada ramai cucu norma,cicit pun dah ada padahal usia baru nak cecah 17 thn.kihkih..

Mas berkata...

rajinnya nenek sorang ni mengekek....
ni cucu sorang lagi datang...
nak kek coklat tu...kikiki

Kasih Ibu berkata...

beruntungnya cucu-cucu akak, dapat mkn kek coklat nenek dia buat....nampak sedap...yummm.yummm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...