Rabu, 15 Jun 2011

Paru Goreng Sambal Kacang

Salam... dah hari Rabu!! dan hari ni CK tak masak (lagi??? )...sebabnya my Jebat ada karnival sukan di Uniten. So kami anak2 beranak makan yang senang2 jer lah.

Untuk kudapan pagi ni, tingin beno nk makan paru. Cicah dengan kuah pecal instant pemberian Zarina. Memang best. Kalau kat pasar malam (Bandar Tun Razak dan Sungai Besi) CK selalu beli satay paru ni.


Selain paru cicah sambal kacang, CK gorengkan jugak cendawan. Cicah plak ngan sambal kicap. Waduh...tak memandang orang kiri kanan dah. Nyum,nyum, nyum !!!

Nk rasa? alahai..jauh la nak hantar, lagipun tak brapa nk cukup ni. Korang buat sendiri ek..

Bahan-bahan
-paru secukupnya- direbus dahulu kemudian potong nipis
-serbuk megi secukup rasa
-garam
-tepung beras, tepung jagung
-ketumbar biji*
-jintan manis*
-jintan putih*
-bawang putih*

Cara-cara
-Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat. Kemudian gaulkan pada paru. Tambah garam dan serbuk secukup rasa. Gaul dengan tepung beras dan tepung jagung (kalau payah nk melekat, boleh tambah sedikit air)
-Goreng paru dalam minyak panas sampai garing
-Ambil beberapa sudu kuah pecal segera, campur dengan air panas mendidih dan kacau. Siramkan ke atas paru tadi. Siap

** untuk cendawan goreng, gunakan bahan2 yang sama macam diatas, tetapi bancuh adunan macam goreng pisang. Kemudian celupkan cendawan dan goreng dalam minyak panas.


Ok..sampai sini dulu. Layan citer P.Ramlee, Masam2 Manis kat 105. Sambil makan...hehehe....






6 corat coret:

KuNanGKuNanG berkata...

sy mmg penggemar paru..sedap sgt2..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam CK...

aduhh.. sedapnyer kudapan kat sini... en abang ku cukup suka kalau kudapan2 savoury gini.. mmg tak cukup sepinggan la jawapnya.. hehe..

Taufan Bin Ribut berkata...

cam best je kak..kene try ni..huhuhu..^_^


Entri terkini :sindrome BLACKBERRY

Watch my video song!!

Mas berkata...

lama dah mas tak beli paru...
terasa macam nak makan paru lak...kikikiki

indahhouse berkata...

Salam kak noorma,
Aiseh kak. terliur nengok paru. Tak pernah makan macam sate gini.

anymz berkata...

wah!sedapnya paru tu..akak mmg suka makan paru goreng..ratah cenggitu je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...