Jumaat, 24 Jun 2011

Bubur Caca Labu

Salam... entri hari ini, mungkin last entri buat minggu ni. Sebabnya Sabtu dan Ahad CK full dengan aktiviti. Esok kami nk balik ke Melaka sekejap. Dan hari Ahad ada hari sukan tadika Irfan. So.. takdelah entri masak2..hehehe

Dan juadah minum petang hari ini...tu diaaa.. Bubur Caca plus Labu. Lama dah tak buat bubur, asyik kek dan kuih jer..


Bahan-bahan
* 3/4 cawan cha-cha
* labu- dikupas dan potong
* 1 kotak santan KARA
* gula (ikut citarasa)
* secubit garam
* dua helai daun pandan

Cara-cara
1. Masukkan cha-cha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang
2. Dalam periuk lain masukkan labu, daun pandan. gula, dan garam. Tambah sedikit air. Masak sampai labu empuk.
3.Kemudian masukkan cha-cha yang sudah direbus tadi dan juga santan. Tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih. Siap


Bila dah siap..alamak, CK lupa la nk letak sagu biji. Kalo letak tentu lagi best !!!


8 corat coret:

lyn at home berkata...

salam kenal CK ..sedapnya bubur..kalu makan petang-petang ni..

Kak Rose berkata...

sedapnya... kalau dapat kat kak rose ni 2 mangkuk pun x cukup... pebret sungguh dengan segala macam bubur n pengat!

Sheila Shafeareen berkata...

salam
lama sunguh x be caca ni...mmg fv bbur2 ni
betul tu Ck asyik me gekek n meguih aje...lupa pada bubur hehehhe
pekena sejuk n panas pon sdp ni.....
naknya bila time bulan posa tercari2....nak semangkuk

Sue berkata...

labu oh labu... sedap ni kalau buleh dapat semangkuk

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak.. ramai sejak akhir2 ni menu labu.. saya je yang tak terbeli labunya

Anna Qawina berkata...

aku pun rasa dah lama tak makn bubur..eh rasa baru je makan..heh..ko bg aku sikit..nanti ko buat lain..

cikmanggis berkata...

selamat balik kampung,selamat berhujung minggu ya:)

Nuridah berkata...

Kalau lah dpt semangkuk sedapnya gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...