Hari ini Hari Malas CK, atau mungkin juga hari rilex..heheh.. masak pun lauk telur jer. Takpelah..janji sedap, boleh alas perut anak2. Aku macam biasalah..tak makan nasik..hehehe...
CK nampak respi ni kat blog kak Ummi. Selama ni CK tak pernah plak masak telur letak taucu. Guna ikan biasa ler, boleh dikatakan dalam seminggu mesti ada lauk taucu. Dan bila Kak Ummi tayang lauk telur taucu dia, terus teringin nk cuba. Time kasih Kak Ummi kerana bagi idea masak lauk2 senang lagi sedap dikala malas-malasan ni..
Telur Masak Taucu
Bahan-bahan
* 3-5 biji telur
* 3 ulas bawang merah-dihiris
* 2 ulas bawang putih -dihiris
* 1 biji lada merah dibuang bijinya dihiris. Aku tambah sikit cili padi.
* 1 inci halia
* 1 sudu besar taucu
* sedikit asam jawa
* 1 sudu kecil gula
* minyak untuk menumis
* garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin
Cara-cara
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
Masukkan taucu
Masukan air asam jawa.
Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat.
Tuangkan kuah diatas telur.
Dan...hasilnya??? SEDAP !!! Jebat pun mengakuinya. Dan lepas ni, bolehlah masak lagi lauk ni. Yeah, dah bertambah koleksi masakan telur mata selain masak kicap, sambal dan bake bean. !!
3 ulasan:
salam norma...fuhh mmg sedap kan...akak semalam baru buat telur masak taucu nih...mmg tak terpk pun kan...
semalam kak rose makan ikan kerisi masak taucu... tp bli punya la... nnti leh try lak wat ngan telor mata!
aku baru je baca resepi ni dalam majalah Rasa, yang tu pun terliur nak makan
Catat Ulasan