Isnin, 13 Jun 2011

Light Cheese Cake

السلام عليكم

Setelah dua tiga kali buat kek dan hasilnya pun agak sukses, hari ini CK memberanikan diri buat cis kek plak. Selalu tu CK beli jer kat SR, tp sejak dua menjak ni tak brani ler plak. Tambah plak, bila lalu jer SR tu, lengang jer orang (ker CK yg pegi awal..orang lom datang lagi) tak nampak pun muka orang melayu makan kat situ. Lagi le tak jadi terus


Rasanya dulu pernah buat kek seumpama ni, tp guna slice cheese. Kali ni guna cream cheese plak. Terima kasih pada mak dak Zharif. (hehehe...nama anak kita sama) Hasue..yg sudi konsi respi kek yang sodap ni.

Tapi sayang, CK takde blueberi atau stoberi filling untuk dicurah atas kek tu. Buttercream pun dh habisss... so takde la deko mendeko ari ni...

Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



Masa nk last, kek ni rasanya dh masak, dah cuba masukkan lidi..keluar bersih...tp macam gatal jer, CK biarkan kek ni dalam 10 minit lagi.. kengkonon nk garingkan sikit permukaan atas tu...tapi/tiba-tiba/ dan suddenly....bila buka jer oven...alamak..kek dah macam kerang tersengih... merekah lorrrr... apsal ek?? terlebih panas kot... apapun, takde sapa nampak pun...potong cepat2. Yang kawasan merkah tu CK bagi dak Irfan makan....hahaha....



10 corat coret:

Wanieyra berkata...

Sedapnya!!!!!!!!!!

Anna Qawina berkata...

bila tah nak buat..aku plg mls nak asingkn telur tuh

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak CK..Wahhhh kek yang makin pemes sekarang ni...Mesti masuk list ni...

izahdaut berkata...

Sangt suke kek ni. Sedappp

Mas berkata...

akak..mas pun nak buat gak nanti cheese cake ni..
sedappnya tengok...

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak..
wah dah ramai dah buat kek nie kan... diana jer yg ketinggalan.. huhuhuuu... nmpk sgt sdap ler kek nie..

cik cek berkata...

Emmm...nampak gebu je cheesecake ni...sedapnya....:)

Jai berkata...

Nyum nyum nyum....

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak sana sini buat kek ni sedapnya.. gebu.. ni yang nak buat ni tapi tak nak buat kek2 gini nanti takde orang nak makan ... so yang buat kena makan.. ;(

Amie berkata...

assalam,
walaupun tanpa deco...tetap gebu...& nampak sodap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...