Khamis, 2 Jun 2011

Irfan dan 6 tahun, Kek Coklat Moist CK

Hari ini tanggal 2 Jun 2011, genaplah 6 tahun usia anak lelaki pertama dalam keluarga Jebat, Ahmad Harith Irfan (tapi kami suka panggil dia ABI – dulu kengkonon takde adik, panggil jer baby... lepas tu melekat dengan nama Abi... )


Dan sempena cuti sekolah ni, takdelah sambutan di tadika. Tapi CK buatkan juga kek coklat untuk dia. Nanti dh bukak sekolah, boleh celebrate kat tadika plak.

Inilah dia kek yang CK buatkan untuk Irfan. Dalam perancangan kami nak beli kek kat Secret Recipe, tapi keluarlah macam2 cerita tentang SR sejak akhir2 ni, so kami pun ragu2. Baik la tak payah beli. Dan penyelesaiannya, buatlah kek sendiri. Dengan simple decoration, itu pun dh cukup menggembirakan hati anak2.


Kek Coklat Moist Cendanakasih

Bahan-bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan buttercup- dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B (diayak 3 kali)
1 1/4 cawan tepung kek/ superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila

Caranya:
-Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
-Pukul putih telur sampai kembang. Kemudian baru masukkan pula kuning telur. Pukul lagi dan tambah esen vanila dan ovelet.
-Campuran bahan A yang dimasak tadi dan digaul sebati dengan telur menggunakan whisker.
-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau
-Biar semuanya bergaul sebati. Masukkan ke dalam loyang
-Kukus selama 1 jam.(boleh juga dibakar)
-Biar kek sejuk dan barulah letak topping


Utk topping:
CK cuma cairkan cooking chocolate dan campur dengan susu cair dan butter. Sesuaikan kepekatannya dan curahkan atas kek

Inilah rupanya kek tu. Lembut dan moist. Macam2 resipi kek coklat moist yang kita jumpa. Resipi ni diolah daripada beberapa resipi. So kiranya ni kek coklat moist cara aku ler..

Sarapan pagi dengan nasi dagang. Huuu...aku mmg suka nasik dagang.. kali ni ada gak lauk ayam goreng dan telur rebus.. waaaa...pepagi lagi dan makan nasi

Ada ke orang sambut birthday sebelah pagi. Hahaha...takpe lah nak. Orang tak buat, kita buat !! seceria mentari pagi bersama meraikan ulangtahun kelahiran Irfan. Semoga  memberi kehidupan dan masa depan yang cerah pada anakku. Amin!!

11 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Noorma.."Happy Birthday tuk ABI"...semoga pjg usia,rajen2 belajar,jgn notty2 & semoga menjadi anak yg soleh kebanggaan ibu & Ayah.Amin

KakAsma berkata...

Maa,
hepi birthday buat Irfan,semuga menjadi anak yang soleh yea...oaky tu Maa kek mug,buat sendiri lagi seronok,bangga gitu kalau jadikan...

Mas berkata...

happy berthday buat hero kak norma..
moga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat....
rajinnya akak sorang ni...ngan keknya..ngan nasi dagangnya...
sedapp2 tu...

Juwita Jamaludin berkata...

Happy bIrthday irfan.. Moga membesar dgn sihat .. Cantik kek mama buat

Chempaka Aziz berkata...

happy bday ifan.sejak dh potong ni,untie tgok kemain lagi sihat bugarnya ye!maklumlah mamanya chef leh oder sja.tu yg anak sihat2 tu.

oklah tu cantik dah kek tu.lps ni ttp kdai SR tu hihii...

cikmanggis berkata...

selamat hari jadi Irfan!!!maaf opah datang lewat..ada lg ke semalam hehe

Cendana Kasih berkata...

Time kasih untie2 sume..Amin !!

*Pet- yer..sejak dh potong ni, makin naik badan, makin mengada-ngada. Kena dengar cakap dia jer. Pastu suka merajuk plak tu.. nyampah aku.. Ni birthday dia siap request PS2 lagi. Selagi tak beli, selagi itu ler tarik muka. Tension jer ngan jantan sorang ni

Ummi berkata...

Hepi Besday to Irfan...Moga sentiasa diberkati dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat....amiiinn...Waaah nampak sedap kek tuh..sungguh moissttt!! Akak curi resepi la eh Noorma..hehe..halal eh..

Unknown berkata...

happy birthday Irfan semoga membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat:) pandai maknya buat kek cun tu...sure sedap..

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
huhuu diana terlepas entri nie...
Happy Belated Birthday buat Irfan... moga dah besar nanti jadi anak yg berguna n berjaya dunia akhirat.. Amin.
n kek tu nmpk sedap ler akak...

Alice Peterson berkata...

Mencari kek coklat yang sedap? Lihat Tawaran Hebat! ini. Pasti x rugi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...