Rabu, 22 Jun 2011

Asam Pedas Tetel

Salam.. hari ni CK masak lauk negeri bang Jebat..hehehe...ASAM PEDAS. Ni juga lauk kegemaran Along. Tapi untuk Irfan, nampak gayanya kena masak lauk lain lah..sbb dia tak brapa masyuk dengan asam pedas ni.

Ermm.. jangan tak tau, respi ni mendapat pujian dari mak mertua CK tawww... hehehe... jeles plak ipar duai CK tu.. katanya mak mertua puji meleret...wakahkahkah....


ASAM PEDAS TETEL
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-daging dan tetel secukupnya -direbus dahulu hingga empuk (simpan air rebusannya)
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia*
-serai*
-1/2 inci lengkuas*
-2 biji buah keras*
-sedikit belacan*
-20 biji cili kering-dipotong dan direbus dahulu)*kalau nk pedas boleh tambah
-daun kesom
-bunga kantan
-daun limau purut- dibuang tulang tengah dan di carik
- 2 sudu makan sos ikan
-2 sudu makan air limau nipis
-air asam jawa
-minyak masak
-garam, perasa

Cara-cara
-bahan-bahan bertanda * dikisar halus bersama air asam jawa.
-panaskan periuk dan tumis bahan yang dikisar halus tadi hingga pecah minyak dan wangi
-masukkan sedikit air rebusan dan daging. Boleh tambah air lagi kalo nk kuah lebih
-tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimasukkan sos nampa dan air limau nipis.
-Campakkan daun limau purut, daun kesom dan bunga kantan.
-Biar mendidih lagi, dan bolehlah dirasakan garam dan tambah serbuk perasa. Siap..


Kuah asam pedas ni bila dipanaskan lagi akan pekat, dan sangat sedap kalo dicicah dengan cekodok.




8 corat coret:

Chempaka Aziz berkata...

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
tgu laki aku balik sok aku buat.jeles22222.meliur aku tau! lagi sedap klu dapt ikan masin goreng,nasi panas2.mmg terangkat.mertua lalu pun tak perasan!

sue a.k.a umi akif berkata...

tetel tu ape erk?

Cendana Kasih berkata...

Pet- bila Hafiz balik? aku balik Melaka sabtu ni, so tingin nk pegi makan asam podeh claypot yang ko cakap ari tuh...

Sue- tetel tu daging yang ada lemak2 dan urat2. Sedap jika dibuat asam pedas cenggini. Tapi banyak kolesterol laaa... cara akak, rebus daging sampai empuk/lembut kemudian sejukkan dalam fridge, tujuannya agar lemak membeku. Kemudian boleh buang lemaknya. Cara ni sihat la sikit..hehehe

IdaShazana berkata...

kita punya citarasa yg sama
aku buat mlm smlm tpi malas nk tgkap gambo

Mas berkata...

terliurnya tengok asam pedas tu...
nak hiruppp kuah....

Rabiatun Adawyah berkata...

sedapnye..memang gemar masakan camni :D

Juwita Jamaludin berkata...

Sedapnya kak sejsk saya duk melaka kerja kat sana suka sgt asam pedas...:)

noorsafone berkata...

Norma...fav mama ni...ermm sedap dgn nasi putih dgn acar timun (jelatah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...