Jumaat, 10 Jun 2011

Puding Roti Sos Kastart

السلام عليكم

Sesekali teringin nk makan benda2 manis. Takpe lah kan. Hari ini buat lagi mende ni. Tiga hari lepas dah buat, tapi tak sempat nk ambik gambar.

Selalu tu, bila aku buat bingka roti, tak laku. Budak2 ni tak pandang pun. Tapi bila buat cenggini (siap ada sos) waaa..suka plak diorang. Asyik tanya, bila boleh makan lagi??

Resipi ni aku copy paste dari rumah Ita Jepun. Sedap.. boleh masuk dalam list. Kalo kengkawan datang rumah, bolehlah aku jamu dessert ni. 

Bahan-bahan
* 8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
* 2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard
* 1 tin susu cair
* 2 s/b tepungkastad-
* 2 s/b gula

Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya. Tambah kismis jika suka. Aku letak dry cranberries dan ceri.
4. Taburkan  badam hiris atas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi.




Sapa nk rasa? jemput lah !!!

10 ulasan:

Anna Qawina berkata...

ni kalo aku dtg umah ko sah2 ko buat kuih ni kan? haha

Kasih Ibu berkata...

sedapnya...meleleh2 sos kastardnya....=)

Juwita Jamaludin berkata...

Salam kak.. Sedapkan kak tambah mkn waktu puding ni sejuk.. Ita dan keluarga Suka...

inahar ali berkata...

fuiyoo...feveret akak nih..bak sepiring!!

cikmanggis berkata...

kena kratif sikit baru anak anak nak makan kan:)

Amie berkata...

nampak sgt sodap....nak rasa sikit...

Unknown berkata...

mak saya dulu suka sgt buat puding roti (masa saya sekolah menengah) tapi saya tak pandai la...

mala berkata...

entah bila la ada chance nak buat bread pudding. roti tak pernah cukup kat rumah ni..

Ct Hajar ♫ berkata...

warghhh sedap ny !


saya mau !!!!

intan morsalin berkata...

ari ni nak try wat la..bahan dah beli..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...