Jumaat, 17 Jun 2011

Pizza Mama

Salam... hari ni CK buat pizza plak untuk anak2. Dah lama tak memiza kat rumah ni. Tapi setelah nampak makyung Ana buat pizza, terus teringin nk makan. Cepat2 pegi kedai bakery beli mozzarella.


Ni resipi yang biasa CK buat.Sebenarnya pizza ni bergantung kepada apa yang kita nk letak kat atasnya. Sosnya plak sukati ler... kali ini CK ambik jalan mudah. Beli jer sos spegheti Cambell yang dalam tin tu. Kemudian, panaskan sekejap dan masukkan daging cincang dan sosej. Senang jer...

Bahan Base:- (2 keping sederhana besar)
-250 gm tepung roti
-250 gm tepung gandum biasa
-3 sudu besar minyak zaitun/jagung
-1 sudu makan gula
-1 paket yis (11 gm)
-sedikit garam
-1 cawan susu segar yang disuamkan (bergantung pd tepung)
-1/2 sudu kecil bread improver
-1/2 sudu kecil bread sortner

Cara Membuat Base:-
-Gaul semua bahan2 base.
-Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
-Rehatkan selama 30 minit.
-Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
-Letakkan topping pizza.

Bahan Sos (Topping):-
-1 tin sos spegetti segera
-200 gm daging kisar
-7 - 8 biji button mushroom - belah 4 atau 6
*masak sos spegheti bersama daging kisar dan cendawan.

Bahan tabur atas pizza
-3 batang sosej - hiris kecil-kecil
-1/2 biji capsicum merah
-1/2 biji capsicum hijau
-1/2 tin kiub nenas
-mayonis
-sos lada hitam, sos cili
-cheddar cheese
-mozarella cheese secukupnya

Cara Menyediakan Pizza:-
-Sapukan base yang telah dicanai tadi dengan sedikit minyak zaitun, kemudian letak sos spegheti
-Ratakan dipermukaan base.
-Masukkan sebahagian topping. (Tinggalkan sebahagian untuk 1 keping lain).
-Taburkan capsicum merah dan hijau serta nenas.
-Pancut dengan sos cili, lada hitam dan mayonis
-Akhir sekali taburkan mozarella cheese dan ceddar cheese menutupi topping tadi. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit.
-Keluarkan dari ketuhar dan hidang panas-panas.


Ok..sampai sini dulu. Tengahari cenggini kalo tido best kan !! so...CK nk zzzzz la kejap !! hehehe...



10 ulasan:

anymz berkata...

makan pizza kat rumah norma lah petang ni ya..hehe

Kerull berkata...

Salam Noorma..nak sepotong boleh..sbb skang tgh pantang g Pizza hut ni...pizza ko takpa sbb bukan fast food..hik hik

blackcardomompods berkata...

Tgk resepi ni saya pasti hasilnya lmbutt sgt!!nanti nk cubala.thanks for sharing.anyway kt mna nk dptkn mozarella cheese yg original yg bkn grated?sb grated tu dh mix up dgn bhn lain

zarina berkata...

wah melimpah keju tu..yummy

Cendana Kasih berkata...

black- mozzarella cis ni ada yang blok dan ada yang grated... kat kedai bakery mmg ada..kalo beli kat pasaraya, kebanyakannya jenis grated

Unknown berkata...

homemade pizza memang best boleh suka ati bubuh banyak mana bhn tu kan nieza kalau buat suka bubuh cheese lebih...hehe

Chik Mimi berkata...

bestnya dik lama akak tak mempiza,BM tu pun duk rest je

cikmanggis berkata...

Cm pun masak pizza petang tadi:)

Juwita Jamaludin berkata...

yum.. yum pizza sedapnya.. lama gak tak buat sendiri...

mamawana berkata...

Love pizza... sendiri bikin lagi sodappp kan..bersih, suci halalan dari air tangan sang ibu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...